Monday, March 25, 2013

2013 FAMILY TRIP : KOTA KINABALU DAY 1

kali ni saya nak cerita sikit pasal perjalanan kami ke KK tempohari (March 2013). trip kali ni amat istimewa buat saya sebab disertai di join dengan abang dan adik2...lagi ramai mesti la lagi meriah...cuma di sulami sedikit rasa sedih sebab mak abah tak dapat ikut di saat akhir...takpe, kita lupakan kesedihan... trip yang happening ni dah berjaya mengurangkan rasa sedih saya...jom layann..

Nak tau pasal preparation? check post sebelum ni : group-travel-plan-your-trip

DAY 1 :

kami akan bertolak dengan 2 flight time yang berlainan...3 adik2 akan naik flight 12.00 tghari manakala kami yg balance ni jam 11.00pagi...tapi untuk memudahkan kami semua berkumpul dan check in pada waktu yang sama. mengikut plan asal, semua akan bergerak dari rumah saya di putrajaya jam 8.00 pagi paling LEWAT...tapi disebabkan abg sampai lewat dari rawang, kami terpaksa bergerak jam 8.30pagi...masa ni hati dah risau akut terlepas flight sebab nak sampai ke LCCT akan menggunakan beberapa kenderaan dan of coz la akan ambil masa lagi kan...

dari rumah : naik kereta ke ERL Putrajaya, Then naik ERL ke Stesen Salak Tinggi, dan menaiki bus Shuttle ke LCCT... huhu..


agak mencabar juga la memandangkan trip ami ni ramai budak2 termasuk baby. malah terpaksa menunggu tren sebab dah terlepas train 8.45...so train kami jam 9.00am...nasib baik masa sampai di Salak Tinggi bas dah menunggu...naik je bas terus gerak...jadi tak la menunggu lagi. fuhh

sampai je di LCCT, terus meluru ke kaunter check in sebab ada luggage. ramai juga yang beratur. nasib baik kebetulan ada kaunter tambahan baru buka, kami terus ke kaunter tu. penat tak habis lagi, dok kejar2 anak lagi lam LCCT tu...si zameer ni memang sangat lasak...

selesai check in, kami semua masuk ke depature gate...alhamdulillah, semua lepas pemeriksaan keselamatan...cuma pelik kali ni lelaki semua kena buka belt...sebelum ni tak yah pun...

masa naik dlm flight tu, saya dah buat seat arrangement awal2 supaya senang nak atur tempat duduk...skali kat seat saya ada pulak mat saleh. then saya minta la tukar sbb nak duduk satu seat ngan anak n hubby..dia duduk di seat sebelah..padahal tu seat mak abah saya yang tak dtg tu...rupanya dia tersalah flight..huhu nasib baik ada staff airasia yg datang maklumkan...


tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit (kot). alhamdulillah sepanjang perjalanan zameer tido je dapat la mama rehat jap...

sesampai je di Airport KK (KKIA T2) kami kena menunggu flight group berikutnya....delay pulak sampai 12.20pm. seb baik 30 minit je delay...sambil tunggu call la ejen kereta sewa yang dah booking awal2 tu....nasib tak berapa baik sebab dia kata kereta auto tinggal 1 je. yang lain belum dipulangkan....terima jeee..jadi 1 Blm Auto, 1 Blm Manual.

Putih Saga FLX Auto, Purple Saga BLM Manual


Untuk kereta sewa, saya booking dengan Brandon (KABONG'z Rent-A-Car). untuk kereta sewa ni, pastikan bawa salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu untuk diserahkan kepada agensi.


flight adik2 sampai lebih kurang jam 3.00pm. kami terus bergerak ke 1 Borneo, Jalan Sulaman. saya dah booking homestay di situ melalui MZ Homestay Kota Kinabalu. RM150 per night. rumah 2 bilik. agak selesa la... dekat dengan 1 Borneo dan UMS. tapi nak ke bandar KK lebih kurang 20 minit. bagi saya ok jeee... :p


Malam tu, masing2 dah kelaparan..ingat nak makan di Pasar MAlam kat KK je tapi kakak ipar dah kelaparan sangat, so kami decide nak cari kedai makan berdekatan je...ada laa.. makan biasa2 je..tak ingat pulak apa nama kedai tu.

lepas makan, kami ke Pasar Malam KK..sempat la juga ke Pasar Ikan masin dan pasar malam depan tu...tu pun kedai banyak dah nak tutup...jam 10 malam dan agak lewat kalau di sini..so kalau nak berjalan di KK ni pastikan keluar awal yee... kita dah terbiasa berjalan di semenanjung jam 10 awal lagi...so tak sama.
Pasar Ikan Masin
Kat sini banyak orang jual rumpai laut...kalau pandai tawar boleh dapat murah juga..adik & kaka ipar saya borong hampir 20Kg juga..hehe

malam tu, kami dahstart packed utk perjalanan esok pulak...

Thursday, March 21, 2013

Group Travel : PLAN YOUR TRIP

Assalamualaikum...

sedikit perkongsian mengenai bagaimana merancang percutian kelompok/keluarga. perancangan ini adalah untuk kumpulan yang merancang sendiri tanpa menggunakan agen pelancongan. lebih murah dan sesuai untuk percutian keluarga yang besar.

tips kali ni adalah pengalaman saya sendiri merancang percutian kami ke KK :

Step 1 : Beli tiket flight ketika tempoh promosi ( saya beli ketika AirAsia buat promosi 10sen tahun 2012) mulanya hanya 5 orang tapi ramai pulak nak join lepas tu.yang group 5 orang tu, saya dapat Rm100/seorang pergi balik..murah kan? semasa booking, pastikan catit/rekod no. booking untuk rujukan. kesemua booking saya adalah seramai 13 orang (booking number berlainan)

Step 2: Disebabkan semua booking tidak dapat dalam satu flight yang sama (disebabkan faktor kos kerana promosi terhad), kami terpaksa ambil masa penerbangan yang berlainan (beza 1-2 jam) tapi tarikh yang sama. Saya membuat jadual penerbangan dan groupkan kumpulan mengikut penerbangan yang sama. catatkan masa penerbangan, no flight, booking number dan lain2...nak tengok contoh...rujuk bawah ni :

Jadual penerbangan ke Kota Kinabalu
dalam table ni, saya dah rekodkan semua detail mengenai flight yang dibooking...booking number, tarikh, masa, dan kos tiket tersebut. groupkan mengikut booking number supaya senang time nak check in nanti.

Step 3 : disebabkan tempoh booking dan masa percutian agak lama, lebih kurang 10 bulan, jadi banyak masa untuk membuat perancangan. antara yang masuk dalam perancangan kali ini ialah :

1. Tempat Tinggal
2. Kenderaan
3. Tempat untuk dilawati
4. Makanan semasa bercuti
5. Dokumen yang perlu dibawa
6. Aturcara program

setelah berbincang ( kebanyakan saya buat keputusan..hehe) kami akan menetap di KK 1 malam dan ke Kundasang 2 Malam. tempoh percutian adalah 4 hari 3 malam.

1. Tempat Tinggal :
    buat survey di laman web/ blog dan komen orang yang pernah pergi ke tempat tersebut. mintak suggestion mereka. untuk saya, saya banyak rujuk blog2 pengunjung yang pernah bawa family bercuti ke sana. compare harga rumah/ hotel dan sebagainya. oleh kerana kami pergi dalam kelompok yang agak besar, saya decide untuk ambil homestay berbanding hotel kerana kos agak rendah. tambahan pula kami membawa ramai kanak-kanak jadi kena ada tempat tinggal yang agak selesa. nak mencari homestay agak mudah di KK kerana banyak pilihan..cuma murah atau mahal je...buat juga carian di laman web seperti Mudah.my atau ibilik.my . dapatkan nombor contact mereka supaya senang nak tanya keadaan homestay tu nanti. Di kundasang pula, saya booking di May Homestay di suggest oleh En. YunusBadawi dalam blog beliau semasa ke kundasang.
di KK : MZ Homestay Kota Kinabalu  kepunyaan En. Junih Hussain. kos berpatutuan dengan rumah yang selesa.
di Kundasang : May Homestay, Kampung Mesilou...tempat menarik dengan view gunung kinabalu di depan rumah.

Sebenarnya puas juga saya merancang tempat tinggal ni,..mengambil masa beberapa bulan untuk confirm yang mana satu....banyak juga pilihan lain. tapi mesti nak yang terbaik kan?? hehe

2. Kenderaan : pun sama..buat survey di laman web dan kawan-kawan yang pernah ke sana. lagi satu, di KK airport juga ada disediakan servis kereta sewa dengan harga berpatutan. tapi lebih baik booking awal2 bagi mengelakkan takde kenderaan di saat akhir. untuk ke KK kali ni, kami mengambil 2 kereta saga BLM untuk kegunaan 3 hari. sewa kereta juga biasanya kena beri deposit..jadi make sure ada bajet untuk deposit sekali ya..

3. Tempat untuk dilawati:
sama juga, buat survey dari blogger2 yang pernah ke sana...untuk tempat yang kami rancang nak pergi, check di bahagian aturcara program nanti. aturcara ni disusun mengikut keperluan kami memandangkan kumpulan ni terdiri daripada dewasa,kanak-kanak dan bayi. perlu mengikut kesesuaian.

4. Makanan semasa bercuti :
sebenarnya x perlu bawa makanan, tapi rancang apa yang kita akan makan sepanjang percutian tersebut. untuk keluarga kami, kami merancang untuk masak di homestay kerana abang saya kurang suka makan di kedai. dengan anak2 yang lasak dan ramai jadi kami plan untuk masak dan beli bahan masakan di kedai. untuk makluman, di sekitar Kota Kinabalu tak banyak kedai makanan yang betul2 halal kerana kebanyakan kedai dipunyai oleh non-muslim tetapi mereka hire orang muslim untuk masak. namun memandangkan retoran tersebut turut menghidangkan beer/wain, memang dianggap tidak halal la.... mungkin ada restoran yang halal tapi susah la nak jumpa kerana kami pun tak biasa sangat dengan tempat  di sana.

5. Dokument yang perlu dibawa :
   dokumen wajib adalah My Kad dan My Kid...yang lain2 adalah sijil nikah (takut2 nanti ada orang ketuk pintu..hehe) mana nak cari kan..jauh tuu

tidak lupa juga tiket flight yang siap check in. untuk flight kali ni, saya buat Web Check-in...airasia membenarkan buat check-in 14 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. jadi check-in awal2 supaya dapat seat yang berdekatan. untuk memudahkan kami menguruskan seat dalam flight nanti, saya telah buat susunan dengan agak teratur bagi mengelakkan kami berpecah semasa dalam flight tu...




6. Aturcara proram :
susun aturcara program mengikut keperluan pengguna (ehh..pengguna??) rujuk je lah jadual kami ni :

ini adalah aturcara awal sebelum bertolak ke sana. sampai sana macam2 yang bertukar. takpe, at least kita dah plan tempat2 yang nak pergi. 

Step 4 : setelah semua jadual siap diatur, cuma perlu tunggu tarikh dan masa yang ditetapkan untuk bertolak. pastikan memaklumkan perancangan anda kepada semua ahli rombongan bagi memastikan semua faham dengan aturan program nanti. perlu diingatkan, tak semua perancangan kita akan jadi seperti yang dirancang...buat persediaan juga sekiranya sesuatu berlaku pada saat akhir..backup plan!
contoh :
1. Dapat SMS dari Airasia mengatakan salah 1 group kami diubah masa penerbangan lebih awal dari masa sebenar. dari 3.20 petang ke 11.00 pagi...awal sangat tu sebab group yang satu lagi jam 4.20 petang.. jadi, saya ke Service Center AirAsia di KL Sentral untuk urusan pertukaran. rupyanya, kalau AirAsia buat perubahan, kita boleh request untuk tukar flight ke masa lain mengikut pilihan kita provided masih ada kekosongan laa....alhamdulillah group yang kedua dapat join kami dalam satu flight yang sama waktu balik ke KL.

2. perancangan asal adalah 13 orang, tapi bila saat akhir, makabah saya terpaksa cancel sebab menjaga kakak yang sakit. jadi, terpaksa kurangkan orang...tapi plan berjalan seperti biasa. cuma tiket hangus laa sebab dah check-in awal2.

Step 5 : sediakan kelengkapan untuk ke sana...beg, pakaian dan sebagainya. juga tidak lupa ubat-ubatan yang penting. untuk saya, kelengkapan anak yang perlu disediakan terlebih dahulu supaya tiada yang lupa nanti.

Step 6 : seminggu sebelum bertolak, saya aturkan perjalanan kami ke LCCT. dari rumah saya , kami menaiki kereta ke ERL putrajaya, turun di salak tinggi dan menaiki shuttle bus ke LCCT. banyak kenderaan involved dalam trip nak sampai ke KK ni..hehe jadi kena rancang awal2 supaya tidak terlepas flight nanti. agak kelam kabut juga masa bertolak tu sebab ramai dengan beg2 dan anak2 yang ligat2 lagi...sabar yee

Step 7: maklumkan kepada pemilik kenderaan dan homestay 1 hari lebih awal sebagai reminder untuk mereka. saya minta kereta sewa stand by di KK setelah kami sampai ke sana...alhamdulillah, semua urusan tu berjalan lancar. 

Step 8 : mulakan perjalanan dengan niat musafir dan berdoalah supaya semuanya berjalan lancar dan selamat...

selamat bercuti!  ........ :)

tips2 ni hanya untuk perkongsian sahaja. tuan/puan boleh buat plan sendiri mengikut kesesuaian masing2...untuk pengalaman kami di sana, saya akan kongsikan di post yang lain... cheers! :)


Sunday, March 10, 2013

Hospital Muadzam Shah

minggu ni kami ke Muadzam Shah. bawa tok dan wan skali pergi tengok mak lang masuk hospital. sekarang tgh mengandung anak kedua. tengah mabuk teruk. harap2 dia cepat sembuh dan anak juga selamat

Thursday, March 7, 2013

SABAH RED TIED / FENOMENA LAUT MERAH SABAH

Pergi Sabah tak boleh makan seafood??? aghhh...mana boleh..huhu..
tapi bila baca abalik pasal Laut Merah ni, nak menggigil pun ada...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
sumber dari google :

Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tide di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran. Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.
Red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut. Orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar. Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat. “Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan.,

Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran. Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan.
 Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku. Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.

malah, Jabatan Perikanan Sabah juga pernah mengeluarkan kenyataan bersurat mengenainya...


tapi, tairk surat tu kan tahun 2011 ? (#hist degil ini orang nak makan seafood jugak @#$#$)

  
hah...siap ada poster amaran jugak... minggu depan nak pi holiday kat sabah ni...camneee????
ada tak reader yg terbaca post ni boleh update pasal fenomena ni sekarang??? 

Tuesday, March 5, 2013

MASIH MENANTI...


5/3/2013
Hari ini, bulan kedua mama buat test ni...tapi hampa..keputusan negatif.
takpe, kita cuba lagi...insyaAllah, yakin akan ada reseki lebih baik selepas ini...
amin.