Wednesday, April 24, 2013

Resepi : Seafood Kimchi Jjigae `ala CitieeComei

nota awal :
semalam saya order kimchi dari pembuat kimchi halal dari area Cybrjaya, kimchi nya memang rasa seperti original from korea...yang penting, produk muslim & dijamin halal....



hari ni, lepas balik dari kursus petang tadi, terpikir nak masak Jjigae ni...sebab tengok resepi di google macam sangat senang dan bahan mudah2 je...Jjigae ni sebenarnya adalah sejenis STEW/berkuah dan base/asasnya adalah Kimchi.
kalau nak cuba, resepi asal ni diolah sedikit mengikut citarasa dan bahan2 yang ada di rumah... disebabkan tak nak makan dengan nasi, saya letak suhon (camne nak eja ni??) sebagai tambahan.



Resepi Kimchi Jjigae ala citieecomei

3 ekor udang (saiz besar) *boleh juga guna ayam/daging/ikan dll
sedikit scallops (optional)
3 Sudu besar Kimchi (dalam 1 cawan kot)
1 sudu besar cili kisar (saya guna cili serbuk yang dimasak)
2 cawan air
1 keping tauhu
1 sudu gula
1 sudu minyak masak
sedikit suhon (sebut suu uun)

masukkan semua bahan2 kedalam periuk, masak sehingga mendidih dan renehkan sebentar sehingga kuah sedikit pekat. rasa dulu sekiranya perlu tambahan garam, tambah sedikit...then, siap....taraaaa

**perinatan : air udang menyebabkan rasa kuah bertukar...seeloknya masuk di peringkat akhir.

makan sampai licin ok... ^__^


No comments:

Post a Comment

Jom komen entry saya...