Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

TRIP KE KOTA KINABALU, SABAH (Part 1)

12 Julai 2012

Akhirnya, setelah hampir setahun menunggu, masa yang dinanti sampai juga...kami akan ke KK!!! yeahhh! and the best part of this trip is this is a GIRL trip! 4 of us - All girl (first time aku g bejalan without my husband...except for work..huhu) sangat menarik kan...

flight schedule kami pagi ni adalah jam 10.20am di LCCT. jadi kami plan nak pergi awal sikit so boleh la breakfast sekali kat sana nanti. kebetulan pula kalau pergi awal pagi, boleh la bodek2 hubby tersayang tolong hantarkan kami ke LCCT. Alhamdulillah, setelah dipujuk2 rayu, dia setuju nak hantar sampai sana. kami sampai di LCCT jam 9 pagi. sempat breakfast dulu di McD. kat situ, baru kami agih2kan boarding pass untuk semua orang. nanti bagi awal2 takut ada yang tertinggal pulak...susah juga kan...


tepat jam 10.20am, kami berlepas dari LCCT ke KKIA T2...sebelum berlepas, shereen dah inform kawan dia untuk tunggu kami di airport.

Sampai di Kota Kinabalu

sepanjang perjalanan, tak banyak yang boleh dibuat jadi kami tidur je.. perjalanan ke KK mengambil masa 2 jam setengah. sampai di sana, rutin biasa, kita perlu ke kaunter imegresen untuk mendapatkan cop masuk ke sabah. untuk makluman,  penduduk di Semenanjung Malaysia perlu membawa passport atau mendapatkan borang masuk ke Sabah atau Sarawak dengan menunjukkan IC. selesai urusan di kaunter tu, kami menunggu kawan shereen untuk dapatkan kereta sewa. Namanya Vishnu, indian guy, good looking dan baik hati. sepanjang kami berada di KK, dia yang banyak mebantu kami. dia berasal dari IPOH, perak dan bekerja di KK ni...kereta yang kami dapat untuk di sini adalah Proton PESONA (A). kondisi kereta ni agak ok cuma brake agak keras. mungkin mereka tidak servis kot brake tu.

Api-Api service apartment
kemudian kami ke Api-Api service apartment yang kami dah tempah awal2 tu...terkejut juga pada awalnya, tempat tu tak menarik langsung. deretan rumah kedai dan ada apartment diatasnya. persekitaran pon tak berapa memuaskan...haihh


persekitanran waktu siang masih boleh diterima. waktu malam pula agak horror dengan aktiviti persundalan yang agak terbuka di area ni...ramai je pondan2 berkeliaran dengan pakaian yg tak cukup kain tu. geli laa tengok. dan agak merbahaya juga la untuk kami berempat yang semua perempuan ni kannnn...

lagi satu, servis pon agak kurang memuaskan..di sini takde kaunter receptionist jadi memang takde tempat korang nak tanya apa2 or komplen apa2...sampai je sini, kita kena call then orang tu kan datang bawa kita ke bilik. bilik pon x berapa memuaskan...malas laa nak cerita kat sini..overall : memang tak puas hati! 

Jalan2 di Bandar Kota Kinabalu
setelah rehat sebentar di bilik, kami keluar untuk lunch...sepanjang hari ni dari sampai tadi, cuaca hujan je..tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. kami makan dulu di kedai bawah apartment ni. kedai makanan melayu kot...rasa pon boleh tahan je..

then kami drive dan menuju ke Jesselton Point. tapi kami parking di Pasar Besar. ingatkan dah dekat, rupanya juah lagi dari jeti tu. tujuan kami nak ke jeti sebab nak pergi survey pakej untuk snorkling di Tunku Abdul Rahman Park. planning awal nak pergi hari ni, memandangkan hujan je waktu petang, kami tunda untuk ke sana awal sabtu ni..iaitu hari terakhir kami di sini.
jadi, dari pasar besar kami berjalan kami ke Jesselton Point. agak jauh juga dengan hujan kekadang lebat..basah lencun juga kami..hehe. tapi sangat seronok sebab dah lama tak main hujan...masing2 excited jek.


 
 
 
Jesselton Point

sampai je di Jesselton Point tu, kami dah letih. then kami ke kaunter2 di dalam jeti tu...banyak juga kaunter..ramai peniaga menjeri2 panggil pelanggan. kami pilih untuk ke kaunter terakhir sekali. setelah berbincang, tawar menawar, dapat juga best price termasuk equipment RM37 sorang. murah juga la berbanding kaunter lain. kalau harga standard :
tambang bot 2 hala : RM23/pax
Jetty tax : RM7.20/pax
Safety Jacket : RM10/pax
Snorkel Google : RM10/pax
Fin : RM10/pax

semua diatas kami dapat dengan harga RM37/pax...murah juga kan??? kat sini kita kena pandai tawar menawar...kalau dalam group yang ramai boleh minta kurang lagi tau....tak sabar tau nak snorkling sabtu ni..hehe

kemudian kami berjalan balik ke Pasar Besar. mulanya nak naik je teksi, tapi kat sini jalan agak sesak waktu petang. jadi, baik jalan je dari sangkut lam traffic jam kan...

Suria Sabah Shopping Complex

Sebelum sampai ke Pasar Besar, hujan turun dengan lebat lagi. jadi kami terpaksa singgah di Suria Sabah ni dulu. kompleks ni terletak tengah2 antara Jesselton Point dan Pasar Filipina. shopping complex ni agak baru juga. yang paling best, kami lepak tunggu hujan renyai di Food Court yang betentang dengan Laut..sangat best.. sambil minum teh tarik dan kit chai (limau asam boi)


View sangat cantik di sini tau..kalau tak hujan lagi clear kot...

Lepas hujan, kami berjalan lagi menuju ke Pasar Filipina...

Pasar Filipina

Kat sini banyak peniaga menjual barang kraftangan dan barang2 dari Mutiara...mutiara sangat terkenal di sini..rata2 pelancong akan beli mutiara sebagai cenderamata di sini. tapi di sini kena pandai menawar barang yang kita nak tu sebab mereka meletakkan harga yang sangat tinggi...rata2 harga di sini agak mahal kerana ramai pelancong asing...apa2 barang pon kena pandai tawar ok...

kawan2 saya banyak membeli keronsang mutiara...banyak juga..saya cuma beli 2 utas rantai tangan dan 2 set butang baju melayu...
kemudian kami ke Pasar Malam bersebelahan dengan Pasar Filipina ni...banyak makanan tempatan dan seafood dijual di sini..disini pon kena pandai memilih juga...ada seafood yang telah siap dimasak dan dipamerkan untuk jualan...

bila pelanggan nak, diorang akan panaskan balik..nampak memang menarik tapi kami keberatan memandangkan soal kebersihan seperti tidak diamalkan di sini...dah la tu, hujan pulak..lagi was-was...akhirnya, kami semua decide nak makan seafood yang fresh..pilih, dan tukang masak akan masak on the spot. lagi terjamin kesegaran kan...


Lobster..yumm
 Ni lah kedai yang kami makan tu
 Tengok saiz lobster ni

 Ikan...tak order pon...hehe

 Harga boleh tahan...4 ekor udang = RM16
Baby Lobster = RM18/100gm

Jom makan!!! sangat sedap tau expecially baby lobster masak butter tu..sampai menjilat jari okehhh...
 Baby Lobster masak butter
 Rumpai laut..rasa cam telur ikan..sedap jugaa
ni lah menu kami malam tu...terbaikkkk!

dah kenyang....licinnnn

Ni pulak brader yang masak untuk kami...best lah bah!

masa makan ni lebih kurang jam 7.30 kot...di sini malam lebih cepat..jam 6.30ptg dan macam jam 8 malam...tambah pula hujan...lagi cepat gelap...lepas je makan kami berjalan2 lagi di sekitar bandar ni...di seberang jalan pasar filipina ni, ada pasar malam...jadi, kami cuci mata sambil cuci duit beli barang2 untuk cenderahati kami kat sana...

 Key chain - 7 RM 10
 banyak betul keronsang mutiara..harga pon lebih murah dari pasar filipina sana

Selesai membeli, kami pon bergerak balik ke apartment...disebabkan hampiur lewat malam, kami agak takut juga nak berjalan2...kena berjalan rapat2..sbb ramai lelaki filipina berpeleseran tepi2 jalan dan selalu mengganggu terutama bila nampak semua kami perempuan...lagi laa kan...di kawasan apartment tu pon sama..ramai juga yang lepak2 di luar kedai...malam ni, kami tidur awal sedikit. esok plan nak ke Kundasang, tengok gunung kinabalu....end for today...daaaaa

Wednesday, June 29, 2011

Outing Day with Nenek (25 Jun 2011)


Sabtu, 25 Jun 2011. 
Hari ni mama plan ngan papa nak pergi ke Kilang Chocolate Beryl’s di Seri Kembangan. Lepas tu ingat nak belanja papa lunch since mama baru dapat  gaji. Dalam pukul 11am, kami bergerak dari rumah (Putrajaya). Sampai di Kilang tu di area UPM Serdang. Tak susah pun nak cari kilang tu..sbb dari awal lagi mama dah nampak banyak bas-bas persiaran bawa pelancong. Rupanya semua ke kilang coklat tu. Ramai juga. Ada lam 4-5 biji bas serentak yang datang..pengunjung2 yang datang msing-masing beli sekurang-kurangnya 1 beg coklat..hurmm..kaya la owner kilang coklat ni yek…mama pon beli juga. Banyak juga pilihan and yang paling best, banyak coklat untuk testing…makan jek semua..sedap!!!! lepas tu, papa belanja makan ais krim RM3 for 1 scoop. Papa flavor Pomegranate and mama green apple. Green apple tu sedap juga, tapi pomegranate(Buah Delima) tu masam..ergkk!!! 
Lepas dari kilang coklat tu, papa ajak pergi ke Sunway Piramid, on the way tu, teringat nak call nenek kat puchong. Dia sorang2 jek kat rumah sebab atok dah pergi meeting di KL. Kesian nenek sensorang so mama offer dia nak keluar sekali. Then singgah ambil nenek di Puchong dulu baru terus pergi Sunway Piramid. 
Lunch kat situ, shopping2 sikit. Nenek beli langsir and bedsheet baru untuk rumah di Kuala Pilah di kedai AKEMI. Tengah buat SALE up to 80%. Then mama beli Olay Total Effect Cream RM32.90 jek..tgh offer juga. Di JUSCO, mama cari penyukat kek :- Spoon set, Cup Jar and Paper cup. Konon-konon nak buat cupcake lagi laa tu..hehe
Lepas ke Sunway, nenek ajak pergi KL nak cari Kain baju raya. Jalan-jalan di Jalan TAR..ramainya orang! Kalau bawa zameer ni sure dah mengamok kepanasan…mama pond ah berpeluh2. Mula2 masuk ke kedai kain Harrison, mak aii mahalnya kain2 dia. Sampai ratus2 semeter pon ada..tak mampu laaa…lagi pon bukan nak pakai selalu pon..nak pakai raya jek tak berbaloi nak beli mahal2. Then nenek ajak pergi NAGOYA…hmm..kat sini reasonable price. Ok juga harga. Papa pilih kain untuk maju Melayu dia ngan Zameer skali. Warna Purple+pinkish with stripes! Cantik juga. 5 ½ meter dengan zameer sekali. Nanti boria la zameer ngan papa raya ni..tak sabar mama nak nengok. Mama pula cari kain yang warna ala-ala cam papa pilih..lebih kurang la asal boleh match ngan baju zameer ngan papa tu..cantik juga. Semua tu nenek yang belanja. 
Kemudian jalan-jalan lagi sepanjang jalan TAR tu. Kebetulan malam tu ada pasar malam..kat situ macam-macam ada. Sampai lenguh kaki jalan. Papa nak beli Kopian Zameer, kami cari di wisma yakin. Ada RM5 jek. Comel. Ntah muat ke tidak ngan zameer nanti..hmm..lagi mama tak sabar nak tengok.
Dah 8.30 malam bari kami gerak balik lepas beli nasi kerabu. Penat dengan orang ramai yang penuh sesak.. mama ingat tak boleh bawa zameer ke sini dulu sampai zameer da besar sikit..ramai sangat kesian nanti kat anak mama panas2. Lepas makan di Puchong, kami balik ke Putrajaya semula. Baby fish mama hidup lagi tapi kesian tinggal seekor dia  jek..mesti sunyi. Esok mama nak pergi kedai ikan la nak cari geng dia.