Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

2013 FAMILY TRIP : KOTA KINABALU DAY 2

Kembali menyambung perjalanan percutian kami di negeri di bawah bayu : yang belum baca Part 1, Baca di sini

hari ke -2 :

Pagi hari ke-2, masing-masing bangun dengan rasa yang keletihan...kebanyakan terlepas subuh sebab masih tak biasa dengan waktu di sini (biological clock tak berubah lagi...hehe) biasa subuh kat sana 6.30 tp sini 6.30pagi dah terang bederang...qada' laa jawabnyaa...


pagi ni, kami siapkan bekalan untuk perjalanan hari ni. bekalan kami : nasi lemak + sambal + bilis Goreng
simple je untuk orang merantau...

bertolak dari MZ homestay, kami singgah di UMS yang kira-kira 5 minit perjalanan dari sini...saja nak melawat UMS. di UMS terdapat temapt Muzium Marin dan Akuarium...best tau... budak2 pun suka..kat sini terdapat pelbagai jenis ikan di pamerkan dalam akuarium besar.. kebanyakan yang di bawah penyelidikan UMS sendiri... masuk di sini perlu bayaran sebanyak RM5.00 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.













Perjalanan seterusnya adalah ke Kundasang....perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam dengan jarak 90 KM. namu jalan agak berbukit dan perlu lebih berhati-hati. Kami juga mengisi minyak full tank sebagai langkah berjaga-jaga...


dalam perjalanan ni, kiri dan kanan hanya hutan dan sesekali jumpa kampung...semakin tinggi, view semakin cantik dengan pandangan gunung ganang yang menghijau. semakin tinggi juga, semakin cantik...sampai la tak nampak apa2 sebab berkabus...hehe.. alhamdulillah, 1 jam sebelum sampai, kami mendapat welcome view dari puncak gunung kinbalu...masing2 sangat teruja hingga berhenti tepi jalan untuk mengambil gambar...








kemudian teruskan lagi perjalanan ke Pekan Kundasang. dari pekan kundasang, kami mengikut direction dari tuan Homestay untuk pergi ke Homestay yang telah ditempah.. rupanya homestay tu agak jauh dari pekan ni...jauh kedalam... tapi berbaloi.... kenapa berbaloi??? baca hingga habis entry ni..hehe

dari pekan kundasang ni, kita boleh melihat view yang cantik...nampak rumah2 di lereng-lereng bukit, semua hijau je...dan sejuk...

Thursday, March 21, 2013

Group Travel : PLAN YOUR TRIP

Assalamualaikum...

sedikit perkongsian mengenai bagaimana merancang percutian kelompok/keluarga. perancangan ini adalah untuk kumpulan yang merancang sendiri tanpa menggunakan agen pelancongan. lebih murah dan sesuai untuk percutian keluarga yang besar.

tips kali ni adalah pengalaman saya sendiri merancang percutian kami ke KK :

Step 1 : Beli tiket flight ketika tempoh promosi ( saya beli ketika AirAsia buat promosi 10sen tahun 2012) mulanya hanya 5 orang tapi ramai pulak nak join lepas tu.yang group 5 orang tu, saya dapat Rm100/seorang pergi balik..murah kan? semasa booking, pastikan catit/rekod no. booking untuk rujukan. kesemua booking saya adalah seramai 13 orang (booking number berlainan)

Step 2: Disebabkan semua booking tidak dapat dalam satu flight yang sama (disebabkan faktor kos kerana promosi terhad), kami terpaksa ambil masa penerbangan yang berlainan (beza 1-2 jam) tapi tarikh yang sama. Saya membuat jadual penerbangan dan groupkan kumpulan mengikut penerbangan yang sama. catatkan masa penerbangan, no flight, booking number dan lain2...nak tengok contoh...rujuk bawah ni :

Jadual penerbangan ke Kota Kinabalu
dalam table ni, saya dah rekodkan semua detail mengenai flight yang dibooking...booking number, tarikh, masa, dan kos tiket tersebut. groupkan mengikut booking number supaya senang time nak check in nanti.

Step 3 : disebabkan tempoh booking dan masa percutian agak lama, lebih kurang 10 bulan, jadi banyak masa untuk membuat perancangan. antara yang masuk dalam perancangan kali ini ialah :

1. Tempat Tinggal
2. Kenderaan
3. Tempat untuk dilawati
4. Makanan semasa bercuti
5. Dokumen yang perlu dibawa
6. Aturcara program

setelah berbincang ( kebanyakan saya buat keputusan..hehe) kami akan menetap di KK 1 malam dan ke Kundasang 2 Malam. tempoh percutian adalah 4 hari 3 malam.

1. Tempat Tinggal :
    buat survey di laman web/ blog dan komen orang yang pernah pergi ke tempat tersebut. mintak suggestion mereka. untuk saya, saya banyak rujuk blog2 pengunjung yang pernah bawa family bercuti ke sana. compare harga rumah/ hotel dan sebagainya. oleh kerana kami pergi dalam kelompok yang agak besar, saya decide untuk ambil homestay berbanding hotel kerana kos agak rendah. tambahan pula kami membawa ramai kanak-kanak jadi kena ada tempat tinggal yang agak selesa. nak mencari homestay agak mudah di KK kerana banyak pilihan..cuma murah atau mahal je...buat juga carian di laman web seperti Mudah.my atau ibilik.my . dapatkan nombor contact mereka supaya senang nak tanya keadaan homestay tu nanti. Di kundasang pula, saya booking di May Homestay di suggest oleh En. YunusBadawi dalam blog beliau semasa ke kundasang.
di KK : MZ Homestay Kota Kinabalu  kepunyaan En. Junih Hussain. kos berpatutuan dengan rumah yang selesa.
di Kundasang : May Homestay, Kampung Mesilou...tempat menarik dengan view gunung kinabalu di depan rumah.

Sebenarnya puas juga saya merancang tempat tinggal ni,..mengambil masa beberapa bulan untuk confirm yang mana satu....banyak juga pilihan lain. tapi mesti nak yang terbaik kan?? hehe

2. Kenderaan : pun sama..buat survey di laman web dan kawan-kawan yang pernah ke sana. lagi satu, di KK airport juga ada disediakan servis kereta sewa dengan harga berpatutan. tapi lebih baik booking awal2 bagi mengelakkan takde kenderaan di saat akhir. untuk ke KK kali ni, kami mengambil 2 kereta saga BLM untuk kegunaan 3 hari. sewa kereta juga biasanya kena beri deposit..jadi make sure ada bajet untuk deposit sekali ya..

3. Tempat untuk dilawati:
sama juga, buat survey dari blogger2 yang pernah ke sana...untuk tempat yang kami rancang nak pergi, check di bahagian aturcara program nanti. aturcara ni disusun mengikut keperluan kami memandangkan kumpulan ni terdiri daripada dewasa,kanak-kanak dan bayi. perlu mengikut kesesuaian.

4. Makanan semasa bercuti :
sebenarnya x perlu bawa makanan, tapi rancang apa yang kita akan makan sepanjang percutian tersebut. untuk keluarga kami, kami merancang untuk masak di homestay kerana abang saya kurang suka makan di kedai. dengan anak2 yang lasak dan ramai jadi kami plan untuk masak dan beli bahan masakan di kedai. untuk makluman, di sekitar Kota Kinabalu tak banyak kedai makanan yang betul2 halal kerana kebanyakan kedai dipunyai oleh non-muslim tetapi mereka hire orang muslim untuk masak. namun memandangkan retoran tersebut turut menghidangkan beer/wain, memang dianggap tidak halal la.... mungkin ada restoran yang halal tapi susah la nak jumpa kerana kami pun tak biasa sangat dengan tempat  di sana.

5. Dokument yang perlu dibawa :
   dokumen wajib adalah My Kad dan My Kid...yang lain2 adalah sijil nikah (takut2 nanti ada orang ketuk pintu..hehe) mana nak cari kan..jauh tuu

tidak lupa juga tiket flight yang siap check in. untuk flight kali ni, saya buat Web Check-in...airasia membenarkan buat check-in 14 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. jadi check-in awal2 supaya dapat seat yang berdekatan. untuk memudahkan kami menguruskan seat dalam flight nanti, saya telah buat susunan dengan agak teratur bagi mengelakkan kami berpecah semasa dalam flight tu...




6. Aturcara proram :
susun aturcara program mengikut keperluan pengguna (ehh..pengguna??) rujuk je lah jadual kami ni :

ini adalah aturcara awal sebelum bertolak ke sana. sampai sana macam2 yang bertukar. takpe, at least kita dah plan tempat2 yang nak pergi. 

Step 4 : setelah semua jadual siap diatur, cuma perlu tunggu tarikh dan masa yang ditetapkan untuk bertolak. pastikan memaklumkan perancangan anda kepada semua ahli rombongan bagi memastikan semua faham dengan aturan program nanti. perlu diingatkan, tak semua perancangan kita akan jadi seperti yang dirancang...buat persediaan juga sekiranya sesuatu berlaku pada saat akhir..backup plan!
contoh :
1. Dapat SMS dari Airasia mengatakan salah 1 group kami diubah masa penerbangan lebih awal dari masa sebenar. dari 3.20 petang ke 11.00 pagi...awal sangat tu sebab group yang satu lagi jam 4.20 petang.. jadi, saya ke Service Center AirAsia di KL Sentral untuk urusan pertukaran. rupyanya, kalau AirAsia buat perubahan, kita boleh request untuk tukar flight ke masa lain mengikut pilihan kita provided masih ada kekosongan laa....alhamdulillah group yang kedua dapat join kami dalam satu flight yang sama waktu balik ke KL.

2. perancangan asal adalah 13 orang, tapi bila saat akhir, makabah saya terpaksa cancel sebab menjaga kakak yang sakit. jadi, terpaksa kurangkan orang...tapi plan berjalan seperti biasa. cuma tiket hangus laa sebab dah check-in awal2.

Step 5 : sediakan kelengkapan untuk ke sana...beg, pakaian dan sebagainya. juga tidak lupa ubat-ubatan yang penting. untuk saya, kelengkapan anak yang perlu disediakan terlebih dahulu supaya tiada yang lupa nanti.

Step 6 : seminggu sebelum bertolak, saya aturkan perjalanan kami ke LCCT. dari rumah saya , kami menaiki kereta ke ERL putrajaya, turun di salak tinggi dan menaiki shuttle bus ke LCCT. banyak kenderaan involved dalam trip nak sampai ke KK ni..hehe jadi kena rancang awal2 supaya tidak terlepas flight nanti. agak kelam kabut juga masa bertolak tu sebab ramai dengan beg2 dan anak2 yang ligat2 lagi...sabar yee

Step 7: maklumkan kepada pemilik kenderaan dan homestay 1 hari lebih awal sebagai reminder untuk mereka. saya minta kereta sewa stand by di KK setelah kami sampai ke sana...alhamdulillah, semua urusan tu berjalan lancar. 

Step 8 : mulakan perjalanan dengan niat musafir dan berdoalah supaya semuanya berjalan lancar dan selamat...

selamat bercuti!  ........ :)

tips2 ni hanya untuk perkongsian sahaja. tuan/puan boleh buat plan sendiri mengikut kesesuaian masing2...untuk pengalaman kami di sana, saya akan kongsikan di post yang lain... cheers! :)


Thursday, January 3, 2013

TRIP KE KOTA KINABALU, SABAH DAY 3

**sambungan dari entry yang lepas TRIP KE KOTA KINABALU, SABAH DAY 2 (Part 2 of 2) yang lama tak di hupdate!



KK Day 3

hari ketiga kami di KK, daris emalam semua dah excited untuk ke pulau. pagi ni semua bangun seawal 6.30am untuk bersiap2. jam 8 pagi kami breakfast di bawah Api-Api Apartment dan terus ke Jesselton POint jetty. bot dah menunggu kami kat sana jam 10 pagi. setelah ke kaunter tiket untuk pengesahan bot(kami ke kaunter hujung sekali), kami dibawa ke jeti untuk mengambil barang-barang snorkling...wahhh!!! hebatnyee rasa...sangat seronok... ni belum pegi lagi dah teruja gilerr
pagi ni kami berempat ditemani vishnu sebagai bodyguard..nasib baik mamat ni setuju nak teman kami..hehe


kami naik bot laju ke pulau destinasi kami...PULAU SAPI. kenapa kami pilih pulau ni? ini hanya pulau terkecil berbanding pulau2 yang lain di sekeliling, TAPI, ia merupakan pulau yang paling jauh ke arah laut....jauh dari daratan...dan pada pandangan kami, lebih jauh, lebih dalam (tak juga) dan lebih bersih dan kurang pencemaran dari pulau2 lain.....haaaa bijak kan????


sepanjang perjalanan bot kami, kami singgah di pulau gaya or mamutik kot..hantar orang dulu...then baru ke sapi island. sesampai kami di jeti pulau tu, tak tergambar keterujaan kami bila tengok dasar pantai tu yang gilerrr jernih airnya...banyak ikan warna-warni...macam kristal je...huiiii sangat cantik
tu baru kat jeti je..tapi kat jeti tak boleh nak terjun pulak...hanya tempat yang dibenarkan je boleh terjun..patut laa air kat sini bersih je xde orang kacau lagii....






 nak masuk ke pulau ni kene bayar RM3 rasanya. dah masuk, kami pilih port nak letak barang2..kebetulan ada satu port bawah pokok dengan meja kayu..boleh letak barang....kat pulau ni ramai juga orang....kebanyakan foreigner (mat saleh, korean, dll) memang cuci mata je laa....tapi kalau nak bawa family & budak2 kecil rasanya tak berapa sesuai kott....penat nak menjawab nanti..hehe

lepas siap sedia dengan alatan snorkeling, kami pon terjun laaa...airnya : sangat jernih, nampak dasar walaupun dalam sikit...di tepi2 pantai agak kurang batu kawang sebab banyak yang dah mati...ada pun yang hancur2 je...sakit juga hati tengok semua tu akibat keganasan manusia...tapi bila dah sampai ke tengah sikit, baru nampak keindahan yang memukau...time ni aku dah tinggal kawan2 lain sebab teruja sangat...nampak je dasar laut tu, xleh nak angkat kepala dah...dalam hti hanya memuji keyukuran dan kehebatan yang ALLAH tunjukkan pada aku...life on my eyes...
setelah pusing2 di sekitar, aku jumpa makhluk yang aku target nak cari kat sini : IKAN NEMO (clown fish) akhirnya aku jumpa juga...alhamdulillah....jom laa tengok2 gambar kami kat sana..penat dah nak karang panjang2 ni...walau cerita ni dah basi, tapi masih lekat lam ingatan aku tau...sebab this is my passion..sea, ocean... tak rugi aku beli DICApac waterproof casing tu....amat berguna untuk amik gambar lam air camni...korang hade???





spot the NEMO!




lepas penat menyelam...kami mula berkemas nak balik..lebih kurang 2 jam kami kat sini...time pon dah nak hujan...lepas call orang bot, dia kata jam 1 akan ambil kami...tapi time ni mood dah spoil sikit sebab tuan rumah dah call nak kami check out...kami mintak keluar lambat sikit tak boleh...tak best betul la cerita pasal apartment tu...nanti laa saya cerita kisah ngeri kami pasal Api-api apartment ni...
setelah bersiap2 kami pun bertolak balik ke Jesselton Point jetty...petang tu flight kami jam 4pm lebih...jadi kami sembat ke 1borneo untuk makan tenghari....masing2 keletihan tapi kepuasan terpancar di muka setiap orang..hehe
penat tapi best...

habis sudah entry untuk percutian pertama kami ke KK...insyaAllah banyak lagi entry percutian yang belum sempat dimasukkan...dah hampir kali ke-3 ke KK tapi entry kali pertama je sempat dimasukkan..hehe


Sunday, October 7, 2012

Family trip Cherating, Pahang @The Legend Hotel

6/10/2012
Stay : the legend hotel 3D2N
Sape yang ikot:
Atok
Nenek
Papa
Mama
Zameer
Along??? xde g team building di lost world tambun

DAY 1
KL - Cherating
Lunch di r&r temerloh
Check in 2.30 pm. Room 117 & 118 double deluxe pool view



Dinner: Restorang Awang (w.a.i.b) depan sikit selepas The Legend hotel




After dinner jalan2 di bandar kuantan 40km from cherating

DAY 2
breakfast di hotel
Mandi pantai n pool








Lunch di warung Aziz Satar, dekat pantai telok mak nik
Makan lagi di tepi Pantai Kemasik yang cantik







Papa buat kerja gila lajak sampai kuala terengganu..huhu jauh jugak nak sampai...
Di K.T :

Ke pasar payang
Ke masjid kristal

Cari warung nasi kerabu tutup
Heading back to cherating...huhu jauh lagi....
Ni baru kat kijal ni x sampai lg n x dinner lg (9.42pm) T_T

update lagi :
malam tu kami sampai di hotel lebih kurang jam 11 malam. sepanjang jalan tu hujan lebat je. sejukk




DAY 3 :
breakfast di hotel lagi. hari ni menu dia lain sikit je..kalau semalam nasi lemak ngan mee goreng hangus, hari ni nasi goreng dengan mihun goreng. menu lain masih sama.
lepas makan zameer cam biasa dah nampak pool mesti nak mandi laa...kami main air di pantai dulu then baru mandi pool...




lepas mandi dan siap, mula kemas2 untuk check out jam 11.30am.



 selesai urusan di kaunter, kami menuju ke Chendor nak beli keropok lekor. cam bisa la, Kedai Keropok Iman juga menjadi pilihan hati. banyak kedai lain tapi x memikat selera.(heewaaah). kat sini kami beli keropok lekor untuk bawa balik dan yg siap goreng untuk makan. mama beli juga satar panas2.
nenek nak beli satar kat kedai Aziz Satar semalam. so papa bawa semula ke sana.
dalam perjalanan balik, papa singgah makan di Restoran Sara Thai. makanan thai boleh tahan laa....
sampai di Kuantan jalan sibuk pula..orang keluar lunch kot. sesak2 disitu lama juga..kami sampai di puchong lebih kurang 7.30 malam...
penatnyaaa....tapi mama enjoy juga trip kali ni...1st sebab zameer dah sihat 2nd sebab dapat bercuti ngan atuk&nenek sekali...lama dah x g jalan2 ngan diorang. last sekali g bandung ke cameroon highland sebelum zameer ada lagi..huhu