Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Friday, June 7, 2013

2013 FAMILY TRIP : KOTA KINABALU DAY 4

Last Day :

Dari kundasang kami dah siap2 packing barang-barang dan timbang siap2 supaya masa di airport nanti tak pening-pening. sebelum balik sempat beramah mesra dengan tuan rumah. ramah orangnya. memang terbaik kenangan kami di May Homestay Kundasang ni....terima kasih Emelda!



Dari kundasang kami bertolak ke Kota Kinabalu..perjalanan terakhir sebelum pulang ke semenanjung...sementara masa masih ada ni, kami pusing-pusing bandar KK..shopping mutiara dan ke Pasar Filipina. cuaca agak panas jadi kami ke Airport lebih awal.








Selesai urusan Check -in barang, kami tunggu penerbangan. masing-masing dah letih..kami tinggalkan Negeri Sabah dibawah Bayu dengan 1001 kenangan manis...semoga kita sampai ke sini lagi..insyaAllah.

2013 FAMILY TRIP : KOTA KINABALU DAY 3

sambungan dari2013 FAMILY TRIP : KOTA KINABALU DAY 2


Hari ke-3 (KUNDASANG, SABAH)

eiii...sejukkkk..sampai hari ni dok teringat sejuk dia...semalam kami dinner di homestay je..buat ikan bakar...bakar kat luar rumah  sampai sejuk menggigil...ingatkan dok obersea je sejuk..kat sini pun sejuk cuma xde salji je lagi...ikan bakar 5 minit je dah sejuk..huhu. tu tak kira nak masuk toilet lagi...huiii.. tahan kencing sampai pagi lee..hehe



pagi2 saya dah terjaga..jam 6.30 pagi. mulanya terkejut ingat dah tengahhari sebab dah terang bederang. masih konfius masa kat sini 2 jam awal dari semenanjung. yang lain belum bangun lagi diulit kesejukan..sedap la melingkar. terus saya buka tingkap.... SUBHANALLAH.... Puncak Gunung Kinabalu betul2 depan mata...sangat dekat dan cantik sangat. x dapat nak gambarkan perasaan masa tu...dekat 10 minit terpaku sorang2 sebelum kejut orang lain. tak nak diorang terlepas pemandangan tu...lepas tu panggil diorang keluar tengok depan rumah...memang berbaloi tinggal di May Homestay ni...walaupun masuk ke dalam dari pekan kundasang, tapi pemandangan indah macam ni tak dapat kat tempat lain...pagi tu kami nikmati permandangan dan siap2 untuk keluar ke kawasan berdekatan...mandi???? hahaha semua jadi kambing pagi ni..kesejukan..cuci apa yang patut je sebab air panas terhad...breakfast roti cicah milo je.. :)



Tempat pertama pagi ni : Mesilou Nature Park

tempat ni merupakan salah satu pintu untuk mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu. terdapat Pusat Informasi Pendaki di tempat ni.. dari May Homestay, kami terus ke atas lagi..jauh juga tapi sepanjang perjalanan pemandangan sangat cantik..berdekatan Mesilou Golf Resort. di sini tak ramai pengunjung kecuali yang ingin mendaki gunung. mungkin faktor tempat yang agak jauh dari jalan utama. tapi berbaloi datang sebab tempat cantik dan amat sejuk.




Desa Farm

Pagi ni kali kedua datang sini.. semalam tak dapat masuk sebab dah tutup. waktu operasi 8.30 pagi hingga 5.00 petang sahaja. jadi jangan datang lambat sangat. lokasi hanya 5-10 minit dari May Homestay. pengunjung perlu mendapat tiket masuk berharga RM4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. waktu pagi tak banyak aktiviti kerana semua lembu-lembu dewasa dilepaskan ke ladang untuk makan. cuma dapat tengok anak lembu dan kambing je. kebetulan masa kami sampai ada seekor lembu sedang melahirkan anak...sempat kami tengok kejadian menakjubkan tu..






di sini pengunjung boleh membeli cenderahati seperti T-shirt, topi, mug , keychain dan lain2. ada juga menjual makan ringan serta susu segar dari ladang...tak lupa juga Ais Krim susu terbaik dari ladang...patut cuba ais krim perisa original...memang lemak berkrim.
tiket masuk boleh diguna sepanjang hari..jadi petang tu kami bercadang ke sini semula.



Tengah hari : Poring Hot Spring

dari Kundasang, kami bergerak ke Poring Hotspring. agak jauh juga perjalanan turun ke Ranau ke poring. cuaca di sini agak panas berbanding kundasang. masa kami sampai, ramai orang maka tempat awam untuk mandi telah penuh...memandangkan kami nak yang selesa sikit, kami sewa private room untuk mandi hotsring. RM15 satu jam.





Balik dari kundasang kami singgah di Desa Farm lagi...tujuan pastinya tak nak lepaskan peluang bergambar sepuas hati dengan pemandangan ala Ladang lembu New Zeland...hehe berangan...sepetang kami kat Desa Farm tu...berbaloi bayar tiket masuk..nikmati sehabisnya..













Wednesday, April 24, 2013

2013 FAMILY TRIP : KOTA KINABALU DAY 2

Kembali menyambung perjalanan percutian kami di negeri di bawah bayu : yang belum baca Part 1, Baca di sini

hari ke -2 :

Pagi hari ke-2, masing-masing bangun dengan rasa yang keletihan...kebanyakan terlepas subuh sebab masih tak biasa dengan waktu di sini (biological clock tak berubah lagi...hehe) biasa subuh kat sana 6.30 tp sini 6.30pagi dah terang bederang...qada' laa jawabnyaa...


pagi ni, kami siapkan bekalan untuk perjalanan hari ni. bekalan kami : nasi lemak + sambal + bilis Goreng
simple je untuk orang merantau...

bertolak dari MZ homestay, kami singgah di UMS yang kira-kira 5 minit perjalanan dari sini...saja nak melawat UMS. di UMS terdapat temapt Muzium Marin dan Akuarium...best tau... budak2 pun suka..kat sini terdapat pelbagai jenis ikan di pamerkan dalam akuarium besar.. kebanyakan yang di bawah penyelidikan UMS sendiri... masuk di sini perlu bayaran sebanyak RM5.00 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.













Perjalanan seterusnya adalah ke Kundasang....perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam dengan jarak 90 KM. namu jalan agak berbukit dan perlu lebih berhati-hati. Kami juga mengisi minyak full tank sebagai langkah berjaga-jaga...


dalam perjalanan ni, kiri dan kanan hanya hutan dan sesekali jumpa kampung...semakin tinggi, view semakin cantik dengan pandangan gunung ganang yang menghijau. semakin tinggi juga, semakin cantik...sampai la tak nampak apa2 sebab berkabus...hehe.. alhamdulillah, 1 jam sebelum sampai, kami mendapat welcome view dari puncak gunung kinbalu...masing2 sangat teruja hingga berhenti tepi jalan untuk mengambil gambar...








kemudian teruskan lagi perjalanan ke Pekan Kundasang. dari pekan kundasang, kami mengikut direction dari tuan Homestay untuk pergi ke Homestay yang telah ditempah.. rupanya homestay tu agak jauh dari pekan ni...jauh kedalam... tapi berbaloi.... kenapa berbaloi??? baca hingga habis entry ni..hehe

dari pekan kundasang ni, kita boleh melihat view yang cantik...nampak rumah2 di lereng-lereng bukit, semua hijau je...dan sejuk...