Thursday, March 21, 2013

Group Travel : PLAN YOUR TRIP

Assalamualaikum...

sedikit perkongsian mengenai bagaimana merancang percutian kelompok/keluarga. perancangan ini adalah untuk kumpulan yang merancang sendiri tanpa menggunakan agen pelancongan. lebih murah dan sesuai untuk percutian keluarga yang besar.

tips kali ni adalah pengalaman saya sendiri merancang percutian kami ke KK :

Step 1 : Beli tiket flight ketika tempoh promosi ( saya beli ketika AirAsia buat promosi 10sen tahun 2012) mulanya hanya 5 orang tapi ramai pulak nak join lepas tu.yang group 5 orang tu, saya dapat Rm100/seorang pergi balik..murah kan? semasa booking, pastikan catit/rekod no. booking untuk rujukan. kesemua booking saya adalah seramai 13 orang (booking number berlainan)

Step 2: Disebabkan semua booking tidak dapat dalam satu flight yang sama (disebabkan faktor kos kerana promosi terhad), kami terpaksa ambil masa penerbangan yang berlainan (beza 1-2 jam) tapi tarikh yang sama. Saya membuat jadual penerbangan dan groupkan kumpulan mengikut penerbangan yang sama. catatkan masa penerbangan, no flight, booking number dan lain2...nak tengok contoh...rujuk bawah ni :

Jadual penerbangan ke Kota Kinabalu
dalam table ni, saya dah rekodkan semua detail mengenai flight yang dibooking...booking number, tarikh, masa, dan kos tiket tersebut. groupkan mengikut booking number supaya senang time nak check in nanti.

Step 3 : disebabkan tempoh booking dan masa percutian agak lama, lebih kurang 10 bulan, jadi banyak masa untuk membuat perancangan. antara yang masuk dalam perancangan kali ini ialah :

1. Tempat Tinggal
2. Kenderaan
3. Tempat untuk dilawati
4. Makanan semasa bercuti
5. Dokumen yang perlu dibawa
6. Aturcara program

setelah berbincang ( kebanyakan saya buat keputusan..hehe) kami akan menetap di KK 1 malam dan ke Kundasang 2 Malam. tempoh percutian adalah 4 hari 3 malam.

1. Tempat Tinggal :
    buat survey di laman web/ blog dan komen orang yang pernah pergi ke tempat tersebut. mintak suggestion mereka. untuk saya, saya banyak rujuk blog2 pengunjung yang pernah bawa family bercuti ke sana. compare harga rumah/ hotel dan sebagainya. oleh kerana kami pergi dalam kelompok yang agak besar, saya decide untuk ambil homestay berbanding hotel kerana kos agak rendah. tambahan pula kami membawa ramai kanak-kanak jadi kena ada tempat tinggal yang agak selesa. nak mencari homestay agak mudah di KK kerana banyak pilihan..cuma murah atau mahal je...buat juga carian di laman web seperti Mudah.my atau ibilik.my . dapatkan nombor contact mereka supaya senang nak tanya keadaan homestay tu nanti. Di kundasang pula, saya booking di May Homestay di suggest oleh En. YunusBadawi dalam blog beliau semasa ke kundasang.
di KK : MZ Homestay Kota Kinabalu  kepunyaan En. Junih Hussain. kos berpatutuan dengan rumah yang selesa.
di Kundasang : May Homestay, Kampung Mesilou...tempat menarik dengan view gunung kinabalu di depan rumah.

Sebenarnya puas juga saya merancang tempat tinggal ni,..mengambil masa beberapa bulan untuk confirm yang mana satu....banyak juga pilihan lain. tapi mesti nak yang terbaik kan?? hehe

2. Kenderaan : pun sama..buat survey di laman web dan kawan-kawan yang pernah ke sana. lagi satu, di KK airport juga ada disediakan servis kereta sewa dengan harga berpatutan. tapi lebih baik booking awal2 bagi mengelakkan takde kenderaan di saat akhir. untuk ke KK kali ni, kami mengambil 2 kereta saga BLM untuk kegunaan 3 hari. sewa kereta juga biasanya kena beri deposit..jadi make sure ada bajet untuk deposit sekali ya..

3. Tempat untuk dilawati:
sama juga, buat survey dari blogger2 yang pernah ke sana...untuk tempat yang kami rancang nak pergi, check di bahagian aturcara program nanti. aturcara ni disusun mengikut keperluan kami memandangkan kumpulan ni terdiri daripada dewasa,kanak-kanak dan bayi. perlu mengikut kesesuaian.

4. Makanan semasa bercuti :
sebenarnya x perlu bawa makanan, tapi rancang apa yang kita akan makan sepanjang percutian tersebut. untuk keluarga kami, kami merancang untuk masak di homestay kerana abang saya kurang suka makan di kedai. dengan anak2 yang lasak dan ramai jadi kami plan untuk masak dan beli bahan masakan di kedai. untuk makluman, di sekitar Kota Kinabalu tak banyak kedai makanan yang betul2 halal kerana kebanyakan kedai dipunyai oleh non-muslim tetapi mereka hire orang muslim untuk masak. namun memandangkan retoran tersebut turut menghidangkan beer/wain, memang dianggap tidak halal la.... mungkin ada restoran yang halal tapi susah la nak jumpa kerana kami pun tak biasa sangat dengan tempat  di sana.

5. Dokument yang perlu dibawa :
   dokumen wajib adalah My Kad dan My Kid...yang lain2 adalah sijil nikah (takut2 nanti ada orang ketuk pintu..hehe) mana nak cari kan..jauh tuu

tidak lupa juga tiket flight yang siap check in. untuk flight kali ni, saya buat Web Check-in...airasia membenarkan buat check-in 14 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. jadi check-in awal2 supaya dapat seat yang berdekatan. untuk memudahkan kami menguruskan seat dalam flight nanti, saya telah buat susunan dengan agak teratur bagi mengelakkan kami berpecah semasa dalam flight tu...




6. Aturcara proram :
susun aturcara program mengikut keperluan pengguna (ehh..pengguna??) rujuk je lah jadual kami ni :

ini adalah aturcara awal sebelum bertolak ke sana. sampai sana macam2 yang bertukar. takpe, at least kita dah plan tempat2 yang nak pergi. 

Step 4 : setelah semua jadual siap diatur, cuma perlu tunggu tarikh dan masa yang ditetapkan untuk bertolak. pastikan memaklumkan perancangan anda kepada semua ahli rombongan bagi memastikan semua faham dengan aturan program nanti. perlu diingatkan, tak semua perancangan kita akan jadi seperti yang dirancang...buat persediaan juga sekiranya sesuatu berlaku pada saat akhir..backup plan!
contoh :
1. Dapat SMS dari Airasia mengatakan salah 1 group kami diubah masa penerbangan lebih awal dari masa sebenar. dari 3.20 petang ke 11.00 pagi...awal sangat tu sebab group yang satu lagi jam 4.20 petang.. jadi, saya ke Service Center AirAsia di KL Sentral untuk urusan pertukaran. rupyanya, kalau AirAsia buat perubahan, kita boleh request untuk tukar flight ke masa lain mengikut pilihan kita provided masih ada kekosongan laa....alhamdulillah group yang kedua dapat join kami dalam satu flight yang sama waktu balik ke KL.

2. perancangan asal adalah 13 orang, tapi bila saat akhir, makabah saya terpaksa cancel sebab menjaga kakak yang sakit. jadi, terpaksa kurangkan orang...tapi plan berjalan seperti biasa. cuma tiket hangus laa sebab dah check-in awal2.

Step 5 : sediakan kelengkapan untuk ke sana...beg, pakaian dan sebagainya. juga tidak lupa ubat-ubatan yang penting. untuk saya, kelengkapan anak yang perlu disediakan terlebih dahulu supaya tiada yang lupa nanti.

Step 6 : seminggu sebelum bertolak, saya aturkan perjalanan kami ke LCCT. dari rumah saya , kami menaiki kereta ke ERL putrajaya, turun di salak tinggi dan menaiki shuttle bus ke LCCT. banyak kenderaan involved dalam trip nak sampai ke KK ni..hehe jadi kena rancang awal2 supaya tidak terlepas flight nanti. agak kelam kabut juga masa bertolak tu sebab ramai dengan beg2 dan anak2 yang ligat2 lagi...sabar yee

Step 7: maklumkan kepada pemilik kenderaan dan homestay 1 hari lebih awal sebagai reminder untuk mereka. saya minta kereta sewa stand by di KK setelah kami sampai ke sana...alhamdulillah, semua urusan tu berjalan lancar. 

Step 8 : mulakan perjalanan dengan niat musafir dan berdoalah supaya semuanya berjalan lancar dan selamat...

selamat bercuti!  ........ :)

tips2 ni hanya untuk perkongsian sahaja. tuan/puan boleh buat plan sendiri mengikut kesesuaian masing2...untuk pengalaman kami di sana, saya akan kongsikan di post yang lain... cheers! :)


2 comments:

  1. salam. hi ct, untuk tukar flight tu ada charge tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi abiummi, masa saya tukar flight tu xde charge sebab AirAsia yang buat perubahan. saya terus ke service center di KL sentral dan minta diorang tukar ke time yg kita nak...tp kalau saja2 nak tukar memang kena charge.

      Delete

Jom komen entry saya...