tapi bila baca abalik pasal Laut Merah ni, nak menggigil pun ada...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
sumber dari google :
Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tide di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran. Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.
Red
tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada
kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton
dinoflagellate di dalam air laut. Orang ramai juga perlu berhati-hati
ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana
dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar. Kajian yang dijalankan
mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan
lain-lain makanan siput laut meningkat. “Kandungan toksin ini boleh
menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan
muntah yang membahayakan kepada kesihatan.,
Kesan
awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa
loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda
seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin
di pusat kesihatan berhampiran. Phytoplankton atau alga ialah sejenis
tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. Ia menjadi makanan kepada
pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun
terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100
spesies boleh mendatangkan keracunan.
Perubahan
cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan
baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan
harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang
mengandungi toksin berlaku. Faktor-faktor ini akan menyebabkan
peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat
menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah
phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut.
Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi
merah-coklat.
malah, Jabatan Perikanan Sabah juga pernah mengeluarkan kenyataan bersurat mengenainya...
tapi, tairk surat tu kan tahun 2011 ? (#hist degil ini orang nak makan seafood jugak @#$#$)
hah...siap ada poster amaran jugak... minggu depan nak pi holiday kat sabah ni...camneee????
ada tak reader yg terbaca post ni boleh update pasal fenomena ni sekarang???
malah, Jabatan Perikanan Sabah juga pernah mengeluarkan kenyataan bersurat mengenainya...
tapi, tairk surat tu kan tahun 2011 ? (#hist degil ini orang nak makan seafood jugak @#$#$)
hah...siap ada poster amaran jugak... minggu depan nak pi holiday kat sabah ni...camneee????
ada tak reader yg terbaca post ni boleh update pasal fenomena ni sekarang???
No comments:
Post a Comment
Jom komen entry saya...