Friday, November 2, 2012

You Got Hired!

Alhamdulillah....Allah murahkan rezeki untuk kita.

Tahniah Papa...akhirnya setelah sebulan papa nekad berhenti kerja, ada yang memanggil papa untuk bekerja semula. Mama sentiasa berdoa untuk papa, untuk kita semua...alhamdulillah.

Ingat, rezeki harus dicari, bukan datang bergolek.
Niat kerja satu ibadah, bukan hanya mencari harta semata-mata,
insyaAllah keberkatan akan hadir bersama.
Bekerjalah dengan ikhlas dan jujur, sesuaikan diri dengan keadaan semasa.
ingatlah, tak semua yang kita harapkan akan kita dapat, jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.
mungkin ini adalah takdir Allah untuk kita, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. seperti kali ni, Allah mendegar apa yang kita mahukan, hanya kita sebagai hambanya perlu meminta, berdoa kepadaNYA.

Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk papa dan keluarga kita. Mama sangat bangga dengan papa.


No comments:

Post a Comment

Jom komen entry saya...