Friday, November 2, 2012

AEON (Jusco) miliki Carrefour

Terbaca newspaper semalam :

"Aeon Co Ltd (Aeon)  semalam mengumumkan mengambil alih 100 peratus saham dalam operasi Carrefour (Malaysia) dan akan dikenali sebagai Aeon Big.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Aseannya, Nagahisa Oyama berkata, pengambilalihan itu yang selesai dilaksanakan pada 31 Oktober lalu dianggarkan bernilai JPY15.1 bilion (RM580 juta).

“Proses penjenamaan semula Carrefour kepada Aeon Big sudah dimulakan dan akan selesai secara berperingkat dan kami melihat ini sebagai satu usaha untuk mengembangkan operasi di rantau Asean sejajar dengan polisi kami iaitu ‘Shift to Asian Market’.
“Ini kerana kami percaya dengan potensi yang ada pada pasaran ini khususnya Malaysia dan tidak teragak-agak menjadikan Malaysia sebagai hab bagi rantau ini selepas Jepun dan China,” katanya pada sidang akhbar khas mengumumkan perkara itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, proses itu juga secara rasmi akan menjadikan Aeon sebagai peruncit kedua terbesar di Malaysia meliputi operasi Aeon Stores, MaxValu dan Aeon Big." -Sumber : Harian Metro



d

Saya suka..saya suka...lepas ni, Alamanda akan bertukar wajah laa...Carrefour akan bertukar jadi Jusco...sangat best!!!!

Jusco seperti ada sentimental value pada saya...kisah cinta kami yang tak pernah pudar....hehe

No comments:

Post a Comment

Jom komen entry saya...