jom tengok apa resepinya : (ni saya copy & paste je dari belog dia ye)
WAFFLE
RANGUP
Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :
- 12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)
- 2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi)
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup)
- 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk)
- 1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika
- 1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe)
- Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara-caranya :
1. Campurkan tepung gandum, yis
kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan
kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu
whisk? Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni). Kemudian, masukkan air panas
/ suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu
pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang
kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air
panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik
pekat.
2. Bila adunan dah sebati, rehatkan
sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil
tunggu tu korang nyanyilah lagu, eh, panaskanlah waffle maker tu
[:P]
3. Bila waffle maker
benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak
dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting
waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang
tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.
4. Jangan tutup terus penutup waffle
maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan
sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan
corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle
tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)
5. Kebiasaannya masa untuk i
buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi i nak ingatkan,
korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi
masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses
memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal
terus jadi hangus. Hehe.
6. Keluarkan waffle bila
warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle
korang dah masaklah tu.
-------
Selamat Mencuba! :)
berbuka makan waffle pun menarik jugakkan! hehe..
ReplyDeletewah, seronoknya akak melawat blog saya...terima kasih yee..saya suka baca entry2 akak di jepun sana...hihi
Delete