*** dah 3-4 hari balik dari KK, badan letih ya amat..rasa cam tak cukup rehat lagi ni...pegi ofis pon cam tak semangat je..hmm..minggu ni last week sebelum kita semua start berpuasa...semoga Ramadhan kali ini lebih indah ari tahun yang sebelum2 ni..insyaAllah.***
Preparation sebelum ke Kota Kinabalu
1. Tiket Flight :
Kami ambil tiket flight AirAsia. booking dari tahun 2011 lagi masa ada promotion fair 10sen tu...kami pergi berempat.
total flight fee per person adalah : RM52 (return)
tambah luggage 30KG : RM50 (share 4 orang)
2. Hotel
Disebabkan masing-masing nak budget punye, kami cari hotel yang paling budget yang kami boleh jumpa online sebelum ke sana. setelah dibanding2 dengan beberapa operator hotel booking, kami book Api-api Service Apartmetnt.
Apartment 2 bilik dengan harga RM330 untuk 3D2N.
lokasi : betul2 di tengah bandar KK. - tapi setelah kami pergi, hotel ni x direkemen pada sesapa pon ok!. baca entry selanjutnya.
3. Kereta Sewa
pasal kereta ni, ada juga kami tanya kawan2 yang asal dari LL, tapi kebanyakanya x banyak membantu. kalau ada pon member2 diorang letak harga yang x berapa munasabah..memang la kami nak ke sabah tapi jangan la sampai tak munasabah kan...seminggu sebelum pergi, Cik Shereen dah confirmkan dengan kawan dia di KK untuk cari kereta dengan harga berpatutan.
4. MAP / Info tempat2 yang dilawati :
saya banyak buat research psal tempat2 yg kami nak lawat nanti. banyak blog2 orang yang dah saya baca untuk dapatkan pengalaman mereka semasa di KK. banyak juga tips2 berguna yang kami boleh ikut. sebelum pergi, kami cuba faham map bandar KK tu dulu. cari tempat2 yang kami nak pergi dan sebagainya. so, sesiapa yang nak pergi, pastikan korang prepare dulu map & tempat2 yang korang nak pergi ye. kalo tak nanti kat sana mesti terkial2 unless korang ada ambil tour guide untuk bawa berjalan.
5. Maklumat Penting/kecemasan:
saya juga ada sediakan beberapa maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan pada kami sepanjang berada di sana nanti. antaranya NOKP setiap orang, no kecemasan untuk dihubungi (cth: keluarga), nombor kawan2 tempatan sekiranya perlukan maklumat segera dan sebagainya.
6. Beg/ Pakaian :
untuk ke KK, kami semua dah setuju untuk bawa beg galas sahaja (backpack). baju pun baw ala kadar dan barang yang penting2 je...yang penting, sy sangat bersemangat nak mandi laut kan, jadi saya dah sediakan Underwater Camera Case Dicapac yang saya dah beli online tu. harap2 berbaloi la benda tu yee...
No comments:
Post a Comment
Jom komen entry saya...