Monday, December 31, 2012

YEAR END 2012

Tahun 2012,

banyak kisah suka dan duka tahun ni...banyak pengalaman yang kita lalui...semoga semua yang terjadi ada pengajaran dan pedoman buat kita semua....

sepanjang tahun ni, banyak yang terjadi pada keluarga kita...ada yang positif, tak kurang juga yang negatif...ape pun, kita cuba juga positifkan apa yg negatif tu...Amalan yang sedikit semoga diterima Allah.
jom muhasabah diri, keluarga dan amalan kita...semoga tahun mendatang lebih baik dari tahun sebelum2 nya...InsyaAllah.

Kisah kami tahun ni :
1. 15 - 20 Januari 2012 - 
    papa ke Singapura atas urusan kerja. tinggal mama & zameer seminggu di rumah. Balik dari Singapore, papa belikan mama ni :
Philip Hand Blender (single)


zameer pula dapat ini :
Thomas train light-up talking
Terima kasih papa!

2. 31 Januari 2012

Dinner BPSM 2011...

3. 1 - 6 Feb 2012
Bercuti di Terengganu... with Atieh. Jumpa semula keluarga Abg Masdi & Kak Ani di Kuala Terengganu...
Balik dari terengganu, singgah di Muadzam rumah Kak Murny.



4. 23 - 26 Feb 2012
 
Mama ke MIRI, Sarawak untuk program Karnival 1 Komuniti 1 Hijau

5. 14 -18 MAy 2012
Mama dan Papa ke Medan, Indonesia. 4H3M guna pakej AirAsia GO!.

6. 30 Sept - 5 Oct 2012

Zameer warded di Hospital Columbia Asia, Puchong disebabkan Pneumonia.

7. 6-8 Oct 2012

lepas zameer discaj dari hospital, kita terus ke Cherating, bercuti dengan atuk & nenek...

8. 27 Nov - 2 Disember  2012

Mama ke Labuan, Kursus.


itulah antara kenangan kita pada tahun ni..semoga tahun depan lebih meriah dengan aktiviti keluarga kita...semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk besarkan anak mama...









Thursday, December 27, 2012

KALENDAR 2013

Tahun 2012,
dah hampir melabuhkan tirainya....

Tahun 2013
mula menjengah diri...

semoga apa yang kita telah lalui memberi pengajaran dan pedoman untuk perjalanan kita nanti...

apa persiapan korang untuk Tahun 2013? dah set azam baru??

itu semua tak penting.....

yang paling penting untuk memasuki tahun 2013



ialah




'
'
'
'
'
'
'

KALENDAR KUDA TAHUN 2013!!!!!!

betul tak?

jom download percuma kat sini :

















Terima kasih pada Malaysian's Chromosome dan Latifah Harun kerana memudahkan kita...
tak perlu lagi beli di kedai, print je sendiri....

Monday, December 17, 2012

Sepetang di Kuala Selangor

16/12/12

Hari papa off-day (biasa la ahad cuti kan?? tp papa tidak...keje je weekdays or weekend.. no life!) so dia ajak g jenjalan di Kuala Selangor memandangkan dia nak balik Batang Berjuntai aka Bestari Jaya amik kasut&baju di hostel. lepas ambil barang di hostel papa, kami terus bergerak ke Kuala Selangor (1/2 jam je dari hostel papa)

apa yang menarik di Kuala Selanor? sepanjang sepetang kami di sini, mama ternampak banyak sign board pasal kelip-kelip...rupanya kat sini ada tempat untuk tengok kelip2 atau fireflies observation center. Yang mama perasan, kat Kg. Kuantan .... tp kata papa banyak kelip2 dah hilang...mungkin tempat dia semakin terancam kot...
bila cakap pasal kelip-kelip, teringat 1 cerita kartun jepun yang mama pernah tengok dulu...and sangat touching....Grave of the Fireflies... mesti ada yang pernah tengok cerita ni kan??

ok..habis cerita pasal kelip-kelip...(padahal bukan pergi tengok pon..hehe)

destinasi kami seterusnya ialah pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor. papa kata kat sini banyak ikan fresh yang murah. masa kecil2 dulu nenek selalu datang ke sini beli ikan segar..kat sini memang banyak...first time mama ke sini pon sangat teruja..rasa cam nak beli semua je ikan2 tu...memang nampak kesegarannya..hehe
semua jenis haiwa nlaut kot ada kat sini (yang bole makan laa) dari kerang-kerangan, ikan, udang, sotong dan sebagainyaa...yang paling menarik, ada lobster jugak!!! and trust me, kat sini paling murah lobster yg pernah aku jumpa...tak payah g jauh2 ke KK sana nak makan lobster....masa di KK dulu pon harga RM120 per KG...kat sini just RM90 je Per KG...haaaa murah kaan???

antara item yang mama beli :
2 kg Kerang Bulu (besar) =RM6
1 kg Ikan Kembung (medium) = RM6
1 kg Sotong putih (3-4 inci sekor) = RM12.80
1 ekor ikan tongkol (1/2 kg) = RM 5

hmmm...memang berbaloi2...

lepas ke pasir penambang, papa bawa round2 kawasan Kuala Selangor ni...kat sini pon banyak pejabat2 kerajaan...kot2 ada yang nak minta trasfer ke sini kan..hehe.. rasanya kat sini semua ada kot..tak payah ke KL dah kalau nak beli apa2..tempat ni pon dah sangat membangun.... nak pasaraya besar? ada TESCO. destinasi kami seterusnya tesco laaa..hehe. kebetulan ada nak beli barang nak masak malam esok kan..

keluar tesco, kami dah kelaparan..zameer lak dah mengantuk sebab tak tidur siang...tapi mama teringin nak makan bbq steamboat kat belakang tesco tu sebab tadi masa papa pusing2 mama terperasan..jadi, harus la pergi kan!!!
kedai steamboat ni namanya Carribean Korean BBQ / Steamboat. mulanya ingatkan kedai ni kedai non-muslim tapi ternampak ada orang muslim dalam kedai tengah makan, so kami pon singgah laa...memang sah kedai ni milik orang melayu muslim...cuma nama kedai cam konfuse sikit...huhu
dah duduk & ambil makanan, baru kami tahu rupanya hari ni adalay first day opening kedai ni...laaaa langkah kanan pulak...patut laa periuk/dapur semua macam baru2 je lagi...kami le rasmi dulu..
makanan kat sini sama cam kedai2 steamboat lain..banyak juga variati makananya..yang paling best kat sini sos pencicah dia... sapa yang selalu makan korean food mesti tau sos ni : Sweet hot chili sauce....sedap..cicah pulak dengan makanan yang di grill...memang terbaik!!! steamboat dia kuah tomyam...ok juga...tp mama lagi suka bbq dengan sos tu....zameer pon makan bihun goreng...sampai tertido dia tunggu mama papa makan...kesian.. letih sangat...

oo..harga lum bagitau lagi kan....RM25 seorang & free untuk kanak-kanak 6 tahun kebawah... tempat ni memang recommended laa...lepas kami makan tu, makin ramai pulak orang yang datang... marilah kita support barangan/bisnes orang tempatan kan..hehe
lepas makan, kami terus balik..zameer dah selamat tido...mama pulak rasa cam pening je..mesti kolestrol dah naik kepala sebab tiap2 hari makan seafood...huhu

itulah kisah sepetang kami di Kuala Selangor...sekian :)

Monday, November 19, 2012

SAVE GAZA

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, 
Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin, 
selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada Yahudi laknatullah.. 
Kuatkan iman mereka, 
kuatkan semangat mereka 
untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana... 
sumber: FB Ustaz Don Daniyal
 

Perkataan Hari Ini

freakish

  • adj aneh, pelik: ~ weather, cuaca yg pelik; a ~ -looking person, with short legs and a large body, seorang yg aneh rupanya, berkaki pendek dan berbadan besar. 

*sumber : dewanejapro

Wednesday, November 14, 2012

Working Mother

found a forum that really helpful..just want to share....

I feel guilty about having someone else care for my child. Is that wrong?

Karen Kleiman therapist
What you're feeling is normal. Guilt often engulfs parents when they surrender childcare duties to another caretaker, whether you do so for an hour, a day, or 50 hours a week.
You may think you're abandoning your responsibilities, or worse, abandoning your child. You're not. You're doing what you need to do to be the best mother you can be.

Being a working mom doesn't make you a bad mother. Your guilt will dissipate over time. What will help the most now is finding a responsible and loving caregiver for your child. When you work hard to find the best care for your child, you'll likely be more able to let go of guilt. You'll also feel more secure because you know your child is receiving the best care.

more info here

 

Wednesday, November 7, 2012

Papa new job : Mama rinduuu

hari ni dah 3 hari papa tinggal asing ngan kita....sampai semalam mama rasa kuat lagi...tapi hari ni ntah nape hati mama rapuh sangat...

papa,
mama rindu papa...papa balik cepat yee

Ya Allah,
kuatkan hati kami...peliharalah orang2 yg kami sayangi...
amin.

Sunday, November 4, 2012

Papa is away now...

Papa dah nak start kerja esok...bermula lah kisah baru dalam keluarga kita. Papa di sana, kita disini. Moga pengorbanan ini memberikan kehidupan yg lebih baik utk keluarga kita di masa depan. InsyaAllah.

Mode :sedih. Tidur tanpa papa :(

Friday, November 2, 2012

AEON (Jusco) miliki Carrefour

Terbaca newspaper semalam :

"Aeon Co Ltd (Aeon)  semalam mengumumkan mengambil alih 100 peratus saham dalam operasi Carrefour (Malaysia) dan akan dikenali sebagai Aeon Big.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Aseannya, Nagahisa Oyama berkata, pengambilalihan itu yang selesai dilaksanakan pada 31 Oktober lalu dianggarkan bernilai JPY15.1 bilion (RM580 juta).

“Proses penjenamaan semula Carrefour kepada Aeon Big sudah dimulakan dan akan selesai secara berperingkat dan kami melihat ini sebagai satu usaha untuk mengembangkan operasi di rantau Asean sejajar dengan polisi kami iaitu ‘Shift to Asian Market’.
“Ini kerana kami percaya dengan potensi yang ada pada pasaran ini khususnya Malaysia dan tidak teragak-agak menjadikan Malaysia sebagai hab bagi rantau ini selepas Jepun dan China,” katanya pada sidang akhbar khas mengumumkan perkara itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, proses itu juga secara rasmi akan menjadikan Aeon sebagai peruncit kedua terbesar di Malaysia meliputi operasi Aeon Stores, MaxValu dan Aeon Big." -Sumber : Harian Metro



d

Saya suka..saya suka...lepas ni, Alamanda akan bertukar wajah laa...Carrefour akan bertukar jadi Jusco...sangat best!!!!

Jusco seperti ada sentimental value pada saya...kisah cinta kami yang tak pernah pudar....hehe

You Got Hired!

Alhamdulillah....Allah murahkan rezeki untuk kita.

Tahniah Papa...akhirnya setelah sebulan papa nekad berhenti kerja, ada yang memanggil papa untuk bekerja semula. Mama sentiasa berdoa untuk papa, untuk kita semua...alhamdulillah.

Ingat, rezeki harus dicari, bukan datang bergolek.
Niat kerja satu ibadah, bukan hanya mencari harta semata-mata,
insyaAllah keberkatan akan hadir bersama.
Bekerjalah dengan ikhlas dan jujur, sesuaikan diri dengan keadaan semasa.
ingatlah, tak semua yang kita harapkan akan kita dapat, jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.
mungkin ini adalah takdir Allah untuk kita, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. seperti kali ni, Allah mendegar apa yang kita mahukan, hanya kita sebagai hambanya perlu meminta, berdoa kepadaNYA.

Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk papa dan keluarga kita. Mama sangat bangga dengan papa.


Tuesday, October 16, 2012

Lamunan : Rindu sama kamo

*dok mengelamun kat opis jap...

tetiba rindu kat dak kecit tu...bila jauh mesti rindu..ye laa anak mama kan...rindu kat papa dia pon ade jugak.. huhu


tetiba pulak dok terpikir..alangkah bestnyee kalau mama dapat jaga anak mama sendiri..dok rumah and jaga anak...best kan???
tapi kekadang terfikir pulak :
adakah mama akan rindu kat opis?
kat suasana opis?
rasa nak lunch ngan kawan2
borak2 time keje (opps!!!)
nak busy2 dengan kerja
pegi meeting & jumpa client
jalan2 tanpa gangguan anak


hmmm....tapi tu semua hanya kepentingan yang x berapa penting....walaupun penting juga..huhu apakahhhh???

T   T
~   ~

Sunday, October 7, 2012

Family trip Cherating, Pahang @The Legend Hotel

6/10/2012
Stay : the legend hotel 3D2N
Sape yang ikot:
Atok
Nenek
Papa
Mama
Zameer
Along??? xde g team building di lost world tambun

DAY 1
KL - Cherating
Lunch di r&r temerloh
Check in 2.30 pm. Room 117 & 118 double deluxe pool view



Dinner: Restorang Awang (w.a.i.b) depan sikit selepas The Legend hotel




After dinner jalan2 di bandar kuantan 40km from cherating

DAY 2
breakfast di hotel
Mandi pantai n pool








Lunch di warung Aziz Satar, dekat pantai telok mak nik
Makan lagi di tepi Pantai Kemasik yang cantik







Papa buat kerja gila lajak sampai kuala terengganu..huhu jauh jugak nak sampai...
Di K.T :

Ke pasar payang
Ke masjid kristal

Cari warung nasi kerabu tutup
Heading back to cherating...huhu jauh lagi....
Ni baru kat kijal ni x sampai lg n x dinner lg (9.42pm) T_T

update lagi :
malam tu kami sampai di hotel lebih kurang jam 11 malam. sepanjang jalan tu hujan lebat je. sejukk




DAY 3 :
breakfast di hotel lagi. hari ni menu dia lain sikit je..kalau semalam nasi lemak ngan mee goreng hangus, hari ni nasi goreng dengan mihun goreng. menu lain masih sama.
lepas makan zameer cam biasa dah nampak pool mesti nak mandi laa...kami main air di pantai dulu then baru mandi pool...




lepas mandi dan siap, mula kemas2 untuk check out jam 11.30am.



 selesai urusan di kaunter, kami menuju ke Chendor nak beli keropok lekor. cam bisa la, Kedai Keropok Iman juga menjadi pilihan hati. banyak kedai lain tapi x memikat selera.(heewaaah). kat sini kami beli keropok lekor untuk bawa balik dan yg siap goreng untuk makan. mama beli juga satar panas2.
nenek nak beli satar kat kedai Aziz Satar semalam. so papa bawa semula ke sana.
dalam perjalanan balik, papa singgah makan di Restoran Sara Thai. makanan thai boleh tahan laa....
sampai di Kuantan jalan sibuk pula..orang keluar lunch kot. sesak2 disitu lama juga..kami sampai di puchong lebih kurang 7.30 malam...
penatnyaaa....tapi mama enjoy juga trip kali ni...1st sebab zameer dah sihat 2nd sebab dapat bercuti ngan atuk&nenek sekali...lama dah x g jalan2 ngan diorang. last sekali g bandung ke cameroon highland sebelum zameer ada lagi..huhu

Saturday, October 6, 2012

Zameer warded @ Columbia Asia Hospital
























Tbc...
takde kesempatan nak cerita panjang2 lagi....secara ringkas :
Zameer warded :-
Date : 30 Sept - 5 Oct 2012 (6 Day 5 Night)
Sakit : positif pneumonia @ Lung Infection
rawatan : Antibiotik, Nab & ubat2 setiap 4 Jam.
Hospital Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong
Doc Attend : Dr. Ting

simptom awal : high fever on off up to 10days