Hari ni mama kena melapor diri di Kementerian Kewangan di Putrajaya. nervous juga untuk masuk kerja baru ni...ye laa..melepaskan jawatan sebagai Network Engineer dengan pendapatan yang agak menarik untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dengan gaji separuh dari gaji asal..hmmm.. mama pun x pasti sekarang..yang mama tahu, hampir semua family menyokong tindakan ni..tapi diri mama sendiri mama x pasti betul ke tidak...
Niat mama buat masa ni, hanya untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada papa, menguruskan rumahtangga bersama2 dengan sebaik mungkin..jika dulu cita2 di tempat pertama, lepas kahwin ni, papa segalanya. hidup mama hanya untuk dia. career bukan lagi idaman mama..biarlah mama beralah dalam soal ni..cuma harapan mama, papa dapat bekerja keras demi menajaga mama dan keluarga. Mama tak mahu mama berada di atas dari papa dalam soal career...supaya mama tidak terlalu bangga diri bila dengan papa. risau juga kalau nanti papa ingat mama lebih berjaya dari dia...biarlah papa cuba buktikan yang di pun boleh berjaya.
kembali ke kisah lapor diri ni, pagi2 lagi papa dah hantar mama ke putrajaya...segak juga nak pergi sebab inai masih sangat terang di tangan mama...macam fresh lagi kat tangan tu..masa pergi daftar pon orang dah pandang2 tak kurang juga yang menegur. Semua cakap rezeki berkahwin..Alhamdulillah. papa pula sabar menunggu di luar bangunan MOF tu.
Di akhir program tu, baru dapat surat penempatan..macam nak ambil scroll masa konvokesyen time nak ambil surat tu...then, dapatlah penempatan baru mama di dalam sektor kerajaan. tempat baru mama nanti di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. dan mama perlu melapor diri di KPT esoknya (25/3/2009)
semoga kerjaya baru mama ni membawa tuah dan memberi kejayaan dalam hidup mama
No comments:
Post a Comment
Jom komen entry saya...