Friday, May 20, 2011

Yess...blog semakin canggih!!!

yess!!! mama berjaya mengupgradekan blog mama...hihih
just add Ads nuffnang jek pon..selepas bersusah payah belajar kat online..
dapat gak la satu add kat tepi sini.. tengok sebelah ----->

sangat berbangga dengan diri sendir..move to the next step!

Thursday, May 19, 2011

Keep on trying Papa

4.00pm

chat ngan papa tadi di FB...dapat berita hampa...papa tak berjaya dalam interview di D*Sh tu...hmm..kesian papa..da berapa kali try...tak pe laa..mungkin buka nrezeki lagi..mama doakan papa tak mudah patah semangat dan still keep on trying..for our future together...

setelah berbincang, may be punnca utama papa letak expected salary tinggi sangat...memang patut letak lebih dari current salary, tapi biasanya company akan ambil yang cost effective memandangkan ambil orang  baru banyak implikasi. so cadangan supaya nest time papa cuba downkan siki expected salary tu. insyallah mana tau ada rezeki. then dah dapat tempat baru nanti try work harder and perform tip top up to high expectation boss. mana tau at end year dapat increase salary...hehe

apa pun mama wish good luck and all the best to papa...dont be down and sad..mama still with u..zameer too..right?

Wednesday, May 18, 2011

Kerjaya di KPT Putrajaya

Selepas melapor diri di KPT putrajaya, mama & the group perlu berkumpul untuk di beri penempatan oleh KPT. ramai juga la yang seangkatan masa tu. around 15 peoples. so, yg in-charge group ni ialah Puan Syam Azura, PSU di Sumber Manusia.

at last, penempatan mama ialah di JPT bersama 3 orang dan akan dipecahkan kepada bahagian dlm JPT. mama di Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT. berjumpa dengan pegarah bahagian tu Prof. Ir. Jai----- . Baik tetapi agak garang..hehe. first impression.
maka, bermulalah kerjaya mama di sini. best juga di bahagian ni. semua orang baik2 je ngan mama...boleh tolerate and bincang sama2. selalu ada pemantauan dari pengarah. dan mama sangat senang di sini sebab pengarah sangat menjaga pekerja di bawah dia. boleh luahkan apa yang tak puas hati..so kerja pun tak terlalu stress. mama sayang juga kawan2 di sini.
Setelah hampir 9 bulan di Bahagian ni, mama terpaksa ditukarkan ke bahagian lain atas sebab keperluan penjawatan kritikal di tempat tu...pertukaran dalaman secara pentadbiran. Prof jai pun kata mama terpaksa bertukar..sedih juga.. tapi mama anggap cabaran untuk lebih maju dalam kerjaya.
kepada kawan2 di BPKI, mama ucapkan ribuan terima kasih kerana melayan mama dengan baik selama ni..sangat senang berkwan dengan diorang semua.

Lapor diri 24 Mac 2009

Hari ni mama kena melapor diri di Kementerian Kewangan di Putrajaya. nervous juga untuk masuk kerja baru ni...ye laa..melepaskan jawatan sebagai Network Engineer dengan pendapatan yang agak menarik untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dengan gaji separuh dari gaji asal..hmmm.. mama pun x pasti sekarang..yang mama tahu, hampir semua family menyokong tindakan ni..tapi diri mama sendiri mama x pasti betul ke tidak...
Niat mama buat masa ni, hanya untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada papa, menguruskan rumahtangga bersama2 dengan sebaik mungkin..jika dulu cita2 di tempat pertama, lepas kahwin ni, papa segalanya. hidup mama hanya untuk dia. career bukan lagi idaman mama..biarlah mama beralah dalam soal ni..cuma harapan mama, papa dapat bekerja keras demi menajaga mama dan keluarga. Mama tak mahu mama berada di atas dari papa dalam soal career...supaya mama tidak terlalu bangga diri bila dengan papa. risau juga kalau nanti papa ingat mama lebih berjaya dari dia...biarlah papa cuba buktikan yang di pun boleh berjaya.
kembali ke kisah lapor diri ni, pagi2 lagi papa dah hantar mama ke putrajaya...segak juga nak pergi sebab inai masih sangat terang di tangan mama...macam fresh lagi kat tangan tu..masa pergi daftar pon orang dah pandang2 tak kurang juga yang menegur. Semua cakap rezeki berkahwin..Alhamdulillah. papa pula sabar menunggu di luar bangunan MOF tu.
Di akhir program tu, baru dapat surat penempatan..macam nak ambil scroll masa konvokesyen time nak ambil surat tu...then, dapatlah penempatan baru mama di dalam sektor kerajaan. tempat baru mama nanti di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. dan mama perlu melapor diri di KPT esoknya (25/3/2009)
semoga kerjaya baru mama ni membawa tuah dan memberi kejayaan dalam hidup mama

Kembali ke KL sebagai Isteri


22 Mac 2009

Mama dah kena siap untuk balik KL sebab terpaksa lapor diri sebagai penjawat awam di Putrajaya pada 24 Mac 2009 ni..rezeki org berkahwin kata org..alhamdulillah. Tapi sedihnya x sempat nak enjoy2 lepas kawin ni..nak jmpa saudara mara pon tak sempat..tapi takpa la..semua orang faham..rezeki jangan di tolak kan.


so, lepas berkemas2 ala kadar, mama & papa pon bertolak balik ke KL di rumah papa. buat masa ni kena tinggal ngan family papa sementara dapat rumah di mana2. hati rasa seronok memulakan perjalanan sebagai isteri kepada seorang yang sangat mama cintai...bermula lah hidup kami di sini...

Majlis Resepsi di KEDAH

21 Mac 2009

Majlis resepsi perempuan. Bangun awal pagi ni, hati berbunga2 sbb hari bersejarah buat mama&papa…rasa sangat seronok kerana diraikan..ramai org dah datang membantu di rumah tu. Lepas mandi n siap2, kami (mama&papa) ke butik Kays dekat Al-buqhari sana utk make up. Selesai makeup pegi outdoor shoot di depan masjid tu jap. Photographer by: Incik Apai lagi.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah majlis tu berjalan lancer tanpa sebarang masalah, then sangat happy sbb ramai saudara mara yg datang n kawan2 lama, jauh dan dekat, semua datang. Dan paling terharu kawan2 utem yg jauh2 pon datang. Thanks guys!. Sbb mama dah anggap diorang ni da macam family. Sangat seronok kalo tengok balik gambar2 tu….



Kronologi sebelum zameer

20 Mac 2009 :   Majlis pernikahan mama&papa.

Bermula selepas Asar di Masjid Bukit Pinang (Kg Mama) tp mama x hadir sebab ‘uzur’ so tunggu di rumah je. Dalam masa tu mama makeup sendiri sambil ditemani acu anan&  a few kawan2 yg hadir. Terlalu xcited sampai x sedar yg sesi akad dah selesai n pengantin lelaki da sampai depan umah..kelam2 gak la..yg kelakarnye, papa tanpa tunggu rombongan pengantin dah serbu dulu masuk umah ke bilik nak tgk isteri dia yg tersayang (mama la)…sungguh gelojoh..hehe. masa tu rasa cam x percaya, inikah suami mama yg sah? Sbb terlalu lama kami bersama dan akhirnya termakbul juga impian untuk menjadi suami isteri. Selepas majlis menyarung cincin nikah dan serahan mas kahwin, sesi jamuan simple2 diadakan. Then malam tu amik gambar x hingat…first tu jurufoto adalah incik Apai (www.fyruz.com) bestfren mama. Dan disambung sampai malam oleh pak ngah apit  & pak long kimy. Selesai ambil gambar, mula la acara mengantung2 pelamin dan menghias bilik oleh Atieh. Semua dia buat. Dari pelamin, hiasan sampai set cadar bilik tidur…mama selesa camni, walaupun x sampai standard mewah, sekurang2nya mencapai kepuasan hati sbb boleh tentukan tema sendiri dan bujet rendah.
Satu lg, malam tu pon papa stay kat umah kg tu konon2 nak tolong wat keja. Sepatutnya dia tido kat umah homestay blakang tu. X sabar2 la tu. Yg kelakarnya pintu bilih pengantin xde yee..sbb da roboh dikerjakan Achik. So tidurla mama&papa berlangsirkan kain nipis.



Proud to present our love as official husband and wife!
may our mariage last forever.
our bonding ring

happy together and forever

a kiss from husband

Pendekatan Baru 2011

Setelah hanyut beberapa lama membiarkan blog ni terkapai2 kesorangan, aku sendiri x tau nak watpe sebenarnya ditambah kekangan masa yang amat terhad untuk keluarga dan kerjaya. Akhirnya mengambil keputusan untuk push diri sendiri menulis semula blog ni. Pendekatan yang diambil kali ni adalah untuk meninggalkan beberapa cerita untuk dikongsi bersama insane tersanyang…my precious one, my son. Aku nak coretkan cerita-cerita aku untuk tatapan dia masa dah besar nanti..(tu pun kalau blog ni masih wujud or x expired)…soo, dalam ni aku akan bahasakan diriku sebagai mama, suami sebagai papa dan anak ku yg paling comel sabagai zameer. Jadi, kepada pembaca sekalian, jgn keliru..sbb aku dah mention awal2 ni… soo, next post are about journey of my life of being mama/parent. Thanks ya!