Thursday, August 30, 2012

SALAM AIDILFITRI 2012

SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Walaupun dah lepas hari raya, tapi masih dalam bulan Syawal yang mulia...

tema oren di hari raya pertama di KL

Tema kuning hari raya kedua di Melaka



-
-
-
-
-
aksi zameer time hari raya?

 haihh...first time jumpa kambing...
-
@_@

HAPPY BIRTHDAY My Son 2 YearOlds



28 August 2012

Happy 2nd Birthday to my little sweetheart Ahmad Zameer Ezzad....


Every single day since you was born, you came into our lives and brought us happiness, joy, a lot of love and gives us such a wonderful adventures for being parent. It's Amazing, It's Extraordinary, this parenthood. Just extraordinary. I can’t even imagine my life without you in it. Happy Birthday my beloved son!




May Allah guide and bless you with success, health, happiness, patience and strength.
Mama & Papa love you so much!!!
**mama design wallpaper ni sbb tahun ni zameer suka sangat ngan kartun2 ni...yang paling zameer suka time ni adalah ultraman...siap nyanyi2 lagi...simpan ni ye untuk tatapan zameer nanti. :)

Thursday, August 16, 2012

Nilai -Nilai Murni


Kejadian ketika saya keluar berbuka di satu kedai beriani terkenal di Jalan TAR, KL.

Situasi :
1 keluarga 6 orang (4 dewasa 2 Kanan-kanak). booking table berdekatan dengan table kami. sangat dekat so boleh dengar dan nampak kejadian tu...

tokey : Cik, sudah booking ke?
isteri : sudah, 6 orang ye..atas nama ****
tokey : ok, ini mejanya..
Tokey : ok, mau order apa?
Isteri : kami mau order 4 orang je ye..anak2 tak nak makan..diorang tak puasa...
Tokey : tak boleh! semua orang kene order makan. tempat ni dah reserve untuk pelanggan yang nak makan. 1 kepala kita caj RM20. makan tak makan pon kena bayar!
Suami : mana boleh..anak-anak ikut kami berbuka. takkan diorang nak order nasi sepinggan sorang..banyak mana boleh habis. diorng makan sikit saja kami boleh share.
Tokey : tak boleh. kalau tak mau order kami akan bagi seat ni pada orang lain. kalau order untuk 4 orang, jadi kami akan ambil seat ni bagi orang lain.
suami : habis tu anak-anak saya nak duduk mana encik?
Tokey : saya tak peduli..kalau nak kena bayar juga RM20 seorang. mau tak mau? kalau tak mau saya kasi orang lain duduk sini..ramai lagi yang tunggu ni..
suami : encik jangan la cakap macam ni..tak baik cakap macam ini dengan customer. kalau bukan isteri saya teringin sangat makan kat sini, dah lama saya keluar.
tokey : mau ke tak mau? $^$%^%&&#@@@ (paham2 la ayat tu..dia dok bebel sorang2, tak pasti apa yee)
pekerja 1 : maaf ya aka (akak), kalau tak mau makan aka boleh bungkus bawa balik. (dengan nada sopan sikit) tapi boleh order minum dulu ya...
----semua pon order dengan pekerja asing tu---

apa yang cuba saya ceritakan mengenai kejadian ini, kenapa tokey itu bersikap begitu, walhal kedai dia sudah penug dengan orang dan sudah tentu keuntungan sangat tinggi...sampai kami yang makan berdua ni pon terpaksa kongsi meja dan berhimpit2 dengan orang lain. kedai ni penuh sesak masa waktu berbuka tu...patutnya dia patut bertolak ansur dengan pelanggan....mana laa sifat-sifat murni orang di Malaysia ni yee...sampai pekerja dia yang bangsa asing tu pulak pandai berADAP dengan orang lain.

fikir-fikirkan laaa

Tuesday, August 7, 2012

Wishlist 1 : Full Filled!

Sabtu lepas, mama dah dapat apa yang diimpikan..Mesin Jahit sendiri..yeaahh!!!

termakbul juga..alhamdulillah ada rezeki lebih dapat la beli mesin ni..kebetulan ada org buat promotion kat mudah.my...
tujuan nak beli mesin ni just nak bagi ada je kat rumah in case nak jahit apa2 yang simple2..saya bukan nak ambil upah menjahit yee...hehe

benda pertama yang mama jahit adalah sarung bantal zameer laa...disebabkan takde kain spare, mama guna je sarung bantal peluk yang tak diguna tu, potong dah jahit je kiri kanan..taraaa siap laaa



Demotivational at work

lately rasa cam malas sgt nak ke office. cam takde semangat je nak kerja. sebab ada sorang makcik ni tak henti dok bising..macam2 hal yg tak betul. susah juga kan kalau kerja dengan orang camni..nak buat kerja pon tak senang...camne nak perform kalau telinga asik sakit je kan.. :-(

semalam gi berbuka di Alamanda je. tercapai juga hasrat papa nak makan kat noodle station..ngan mat zameer yang lasak tu, nasib baik ada playground kat depan restoran tu...biar je dia main sambil tunggu berbuka...



Tuesday, July 24, 2012

Waffle Maker dan Resepi Waffle Rangup

sebelum ni dah bagi tau kan dah dapat Waffle Maker dalam Wishlist kedua tu..haaa sekarang nak share resepi waffle Rangup pulak...ni saya jumpa kat blog ReenaOnline (thanks ye sebab kongsikan resepi)...jadi hari ni saya nak try buat waffle ni guna waffle maker yang baru dibeli tu....dia pon pakai brand yang sama : TAKADA....
jom tengok apa resepinya : (ni saya copy & paste je dari belog dia ye)


WAFFLE RANGUP

Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :
  • 12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)
  • 2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup)
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika
  • 1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe)
  • Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu whisk? Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni). Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik pekat.

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang nyanyilah lagu, eh, panaskanlah waffle maker tu [:P]


3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi i nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.

-------
Selamat Mencuba! :)


TRIP KE KOTA KINABALU, SABAH DAY 2 (Part 2 of 2)

Sambungan dari part 1
 Lepas ke Rumah Terbalik, kami teruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu...lupa nak bagi tau yee, kami semua belum makan tengahari lagi..last makan tadi masa kat kundasang tu je...