3 Jun 2011.
Kita balik kampong..rasanya dah lama mama tak balik. Last ssekali sebelum mama start kerja kot. Rindu sangat kat Kedah. Tapi time ni kita baliksebab pengasuh Zameer(Ibu Ros) ambil cuti seminggu sempena cuti sekolah. So mama and papa pon terpaksa la ambil cuti and balik kampong juga. Mama ingat nak tinggalkan sekejap zameer di kampong sementara 1-2 minggu. Nak biasakan zameer dengan suasana kampong. Lagi pun dah lama zameer tak jumpa tok ngan wan kan. Tapi memandangkan awal bulan Julai mama terpaksa balik lagi untuk majlis nikah Pak Chaq (Hamzany) mama and papa decide nak tinggalkan Zameer ngan Atieh sebulan. Berat juga hati mama nak berpisah ngan zameer. Tapi mama nak juga zameer rasa hidup di kampong macam mama dulu. Seronok, tak pernah sunyi. Mama tabahkan hati. Masa hari nak balik ke KL, tuhan je tahu sedih mama tapi katkan juga semangat. Harap2 anak mama nanti tak menyusahkan dan semua orang sayang.
Sampai je di Putrjaya, sangat lain suasana masa zameer takda. Sunyi jek rumah tu. Mama tengok baju2 zameer yang belum basuh.. mama cium2 baju2 tu nak bau zameer. Rindu zameer sangat-sangat. Meleleh juga air mata mama rindu ngan zameer. Time nak tido tu, papa pula nangis, rindu sangat kat zameer. Dia lagi tak pernah berpisah ngan zameer sejak balik lepas pantang dulu. Terharu mama kasih sayang papa kat zameer. Mudah-mudahan papa akan sentiasa sayang zameer selamanya macam tu.
Sebulan, rasa cam lama sangat..ikut hati nak jek mama balik ambil zameer semula, tapi nanti kena balik lagi..tahankan je laa..sabar. fikir positif jek..atieh kata zameer happy jek. Suka main, wan selalu bawa jalan kat luar, ada kucing Acik, Acu suka layan..zameer tak pernah bosan. Atieh kata zameer dah pandai memanjat, lasak sangat sampai dia penat..hehe.. kesian Atieh kan. Zameer suka makan..apa saja nganga jek atieh kata. Mama hanya dengar dari jauh jek..time mama call nak cakap, zameer diam jek, tak nak cakap. Hairan agaknya dengar suara mama kan. Hmm..bukan mama tak sayang, sayang sangat2. Cuma ni satu pengalaman yang mama nak zameer rasa..cepatlah masa berlalu, mama nak anak mama balik :D
No comments:
Post a Comment
Jom komen entry saya...