Wednesday, June 29, 2011

Kerja di Pejabat


(27 Jun 2011)
Dah seminggu network asik problem jek kat opis ni..tensen tol. Apa pon tak boleh buat! Ntah apa la BPM kat bawah tu dok buat yer… sekat macam2, agaknye brapa banyak la firewall rules yg diorang set dalam tu. Try tracert google pon mau 7-8 hops baru sampai. Hrmm…bosanye keje camni..dah la semua kerja perlu online!

Zameer dah 10 Bulan

29 Jun 2011
Zameer mama dah 10 bulan hari ni..happy birthday sayang... kalau zameer nak tahu, setiap bulan mama akan wish zameer... dari 1 bulan sampai la 10 bulan ni..ada orang kata kat mama, sambut birthday tiap2 bulan ke? suka hati mama la kan, zameer kan anak mama..hehe.
tak sabarnya mama...esok nak balik ambil zameer di kampung. hati rasa cam dah sampai jek..berkobar-kobar jek rasa..
ya Allah, selamatkan lah perjalanan ku nanti..semoga aku ditemukan semula dengan anak aku dengan selamat. amin...

Zameer di Kampung 2011


3 Jun 2011. 
Kita balik kampong..rasanya dah lama mama tak balik. Last ssekali sebelum mama start kerja kot. Rindu sangat kat Kedah. Tapi time ni kita baliksebab pengasuh Zameer(Ibu Ros) ambil cuti seminggu sempena cuti sekolah. So mama and papa pon terpaksa la ambil cuti and balik kampong juga. Mama ingat nak tinggalkan sekejap zameer di kampong sementara 1-2 minggu. Nak biasakan zameer dengan suasana kampong. Lagi pun dah lama zameer tak jumpa tok ngan wan kan. Tapi memandangkan awal bulan Julai mama terpaksa balik lagi untuk majlis nikah Pak Chaq (Hamzany) mama and papa decide nak tinggalkan Zameer ngan Atieh sebulan. Berat juga hati mama nak berpisah ngan zameer. Tapi mama nak juga zameer rasa hidup di kampong macam mama dulu. Seronok, tak pernah sunyi. Mama tabahkan hati. Masa hari nak balik ke KL, tuhan je tahu sedih mama tapi katkan juga semangat. Harap2 anak mama nanti tak menyusahkan dan semua orang sayang. 

Sampai je di Putrjaya, sangat lain suasana masa zameer takda. Sunyi jek rumah tu. Mama tengok baju2 zameer yang belum basuh.. mama cium2 baju2 tu nak bau zameer. Rindu zameer sangat-sangat. Meleleh juga air mata mama rindu ngan zameer. Time nak tido tu, papa pula nangis, rindu sangat kat zameer. Dia lagi tak pernah berpisah ngan zameer sejak balik lepas pantang dulu. Terharu mama kasih sayang papa kat zameer. Mudah-mudahan papa akan sentiasa sayang zameer selamanya macam tu.

Sebulan, rasa cam lama sangat..ikut hati nak jek mama balik ambil zameer semula, tapi nanti kena balik lagi..tahankan je laa..sabar. fikir positif jek..atieh kata zameer happy jek. Suka main, wan selalu bawa jalan kat luar, ada kucing Acik, Acu suka layan..zameer tak pernah bosan. Atieh kata zameer dah pandai memanjat, lasak sangat sampai dia penat..hehe.. kesian Atieh  kan. Zameer suka makan..apa saja nganga jek atieh kata. Mama hanya dengar dari jauh jek..time mama call nak cakap, zameer diam jek, tak nak cakap. Hairan agaknya dengar suara mama kan. Hmm..bukan mama tak sayang, sayang sangat2. Cuma ni satu pengalaman yang mama nak zameer rasa..cepatlah masa berlalu, mama nak anak  mama balik :D


Kedai Ikan di PJ OldTown


26 Jun 2011
Tengah hari mama masak asam pedas. Tapi yang tak besntnya mama pakai cili blend yang lama..dah bau hapak sikit. Tapi rasa tetap maintain. Papa makan sampai licin..hehe. 

Petang tu lepas makan, kami pergi ke Kedai ikan peliharaan di Old Town PJ. Lama dah tak pergi area situ. Boleh jalan-jalan sekali. Nanti ada masa kita pergi sama-sama pula ya! Target mama nak beli ikan untuk jadi geng ngan baby fish tu. Banyak ikan kat situ.. jenuh juga mama nak buat pilihan. Lastly mama pilih 13 ekor ikan (Guppy, Sword Fish, moonlight and tiger fish) cantik-cantik. Tapi yang tiger fish tu garang sikit..habis seekor ikan guppy mama hilang esok kene patuk ngan dia..nyesal pula beli. Lepas tu papa bawa pergi rumah Acu Anan ni Bandar Tasik Selatan. Plan nak makan Char Koey Teow. Lepak-lepak kejap di rumah Acu, makan dan balik. Sampai jek kat rumah terus mama proses ikan-ikan tu. Nak asingkan dulu. Ikan tiger tu garang benar. Suka lompat-lompat. Last2 masa asingkan dia 2 ekor tu. Padan muka..tapi seronok..rasa meriah jek aquarium zameer tu..nanti zameer balik mesti zameer suka..hehe. banyak fish tau!

28 Jun 2011
Update on akuarium zameer. seekor ikan telah mati! eiii..geramnye mama kat tiger fish tu..abis ekor ikan tu hilang. dah la ad sepasang jek..tinggal laa seekor lagi sebatang kara..ikan yang jenis moon tu.
kalau ada lagi ikan mati lepas ni memang mama nak aasingkan dia lagi..x leh berkawang ngan orang lain nih!

Outing Day with Nenek (25 Jun 2011)


Sabtu, 25 Jun 2011. 
Hari ni mama plan ngan papa nak pergi ke Kilang Chocolate Beryl’s di Seri Kembangan. Lepas tu ingat nak belanja papa lunch since mama baru dapat  gaji. Dalam pukul 11am, kami bergerak dari rumah (Putrajaya). Sampai di Kilang tu di area UPM Serdang. Tak susah pun nak cari kilang tu..sbb dari awal lagi mama dah nampak banyak bas-bas persiaran bawa pelancong. Rupanya semua ke kilang coklat tu. Ramai juga. Ada lam 4-5 biji bas serentak yang datang..pengunjung2 yang datang msing-masing beli sekurang-kurangnya 1 beg coklat..hurmm..kaya la owner kilang coklat ni yek…mama pon beli juga. Banyak juga pilihan and yang paling best, banyak coklat untuk testing…makan jek semua..sedap!!!! lepas tu, papa belanja makan ais krim RM3 for 1 scoop. Papa flavor Pomegranate and mama green apple. Green apple tu sedap juga, tapi pomegranate(Buah Delima) tu masam..ergkk!!! 
Lepas dari kilang coklat tu, papa ajak pergi ke Sunway Piramid, on the way tu, teringat nak call nenek kat puchong. Dia sorang2 jek kat rumah sebab atok dah pergi meeting di KL. Kesian nenek sensorang so mama offer dia nak keluar sekali. Then singgah ambil nenek di Puchong dulu baru terus pergi Sunway Piramid. 
Lunch kat situ, shopping2 sikit. Nenek beli langsir and bedsheet baru untuk rumah di Kuala Pilah di kedai AKEMI. Tengah buat SALE up to 80%. Then mama beli Olay Total Effect Cream RM32.90 jek..tgh offer juga. Di JUSCO, mama cari penyukat kek :- Spoon set, Cup Jar and Paper cup. Konon-konon nak buat cupcake lagi laa tu..hehe
Lepas ke Sunway, nenek ajak pergi KL nak cari Kain baju raya. Jalan-jalan di Jalan TAR..ramainya orang! Kalau bawa zameer ni sure dah mengamok kepanasan…mama pond ah berpeluh2. Mula2 masuk ke kedai kain Harrison, mak aii mahalnya kain2 dia. Sampai ratus2 semeter pon ada..tak mampu laaa…lagi pon bukan nak pakai selalu pon..nak pakai raya jek tak berbaloi nak beli mahal2. Then nenek ajak pergi NAGOYA…hmm..kat sini reasonable price. Ok juga harga. Papa pilih kain untuk maju Melayu dia ngan Zameer skali. Warna Purple+pinkish with stripes! Cantik juga. 5 ½ meter dengan zameer sekali. Nanti boria la zameer ngan papa raya ni..tak sabar mama nak nengok. Mama pula cari kain yang warna ala-ala cam papa pilih..lebih kurang la asal boleh match ngan baju zameer ngan papa tu..cantik juga. Semua tu nenek yang belanja. 
Kemudian jalan-jalan lagi sepanjang jalan TAR tu. Kebetulan malam tu ada pasar malam..kat situ macam-macam ada. Sampai lenguh kaki jalan. Papa nak beli Kopian Zameer, kami cari di wisma yakin. Ada RM5 jek. Comel. Ntah muat ke tidak ngan zameer nanti..hmm..lagi mama tak sabar nak tengok.
Dah 8.30 malam bari kami gerak balik lepas beli nasi kerabu. Penat dengan orang ramai yang penuh sesak.. mama ingat tak boleh bawa zameer ke sini dulu sampai zameer da besar sikit..ramai sangat kesian nanti kat anak mama panas2. Lepas makan di Puchong, kami balik ke Putrajaya semula. Baby fish mama hidup lagi tapi kesian tinggal seekor dia  jek..mesti sunyi. Esok mama nak pergi kedai ikan la nak cari geng dia.

UPU Family Day (October 2009)


Selepas sebulan(lebih), UPU buat family day di PD, N9. Seronok juga sebab time ni la mama nak kenal dengan lebih rapat lagi staf2 UPU ni. Banyak aktiviti outdoor. Mama join bola tampar, sambut belon, balingan sayang dll. At the same time, mama lebih rapat dengan member2 yang lain. Malanye ada sesi karaoke. Papa jek nyanyi..mama tak kuasa nak layan..hehe. just pakai cantik2 jek sbb ada theme kan. But at last mama menang pakaian tercantik..hehe @^^@. 

After all, aktiviti2 macam ni memang mengeratkan hubungan sesame kumpulan. Kenal antara satu sama lain. Memang enjoy!

Transferred to UPU JPT (2009)


Selepas beberapa bulan menjadi penjawat awam, mama bekerja di BPKI, JPT. Kerja kat sini best juga orang-orang pon baik. Mama satu2nya post F kat sini. So, kerja memang banyak tapi enjoy juga. Bos mama seorang Professor dari UKM. Seronok kerja bawah dia. Banyak motivasi..hehe. after few month, mama kena transfer ke BPKP JPT (or formerly known as UPU) . terkejut juga kenapa kena transfer. Belum mohon black & white lg.  pengarah mama kata based on management meeting…so orang besar sudah bersuara, kita hanya menurut perintah. Berat hati juga memandangkan kerja kat sini pun tak seteruk mana. Tapi mama kuatkan semangat juga target mana nak cari pengalaman dan ilmu baru.

First day ke UPU, jumpa dengan Pengarah Bahagian, boleh tahan juga orangnya, dah agak  berumur tetapi masih kuat dan daya ingatan masih kukuh. Mama kagum juga. Dia sangat teliti dalam segala hal. Macam manalah kerja bawah dia nanti..mama dok fikir sorang2.

After few weeks kerja di situ, mama macam terkena kejutan budaya..sangat stress nak belajar benda-benda baru..terlalu banyak yang perlu dibuat dan dipelajari. From programming (yang sememangnya mama lemah sangat), designing portal, sampai la kerja-kerja management. Fuhh!!!! Memang takde masa nak rilexx kat sini. Sangat mencabar. Mama salute sangat ngan team member mama ni, Kak Intan, Shaikh & Cik Hu, mereka sangat sistematik dalam kerja. Dah tau sapa yang kena buat apa. Mama pun cuba adapt budaya baru ni perlahan-lahan. Kekadang ada juga stess nya bila boss asik dok tengking2 marah. Yang mama perasan, asal ada masalah jek, mesti team teknikal yang kena..team mama laa.. nasib baik la mama & the team masih kuat kesabaranya. Tapi mama dalam dia stress kat umah. Kekadang papa yang kena menahan luahan hati mama. Kerja mencabar, tambahan masalah dalaman keluarga (baru nak belajar suai kenal sebagai suami isteri) asik ada jek tak kene. 
Harap papa memahami.