Thursday, December 8, 2011

Zameer Demam lagi

semalam atieh bgtau zameer demam...kesian anak mama..zameer rindu mama ya...isk..isk..mama minta maaf syg tinggal zameer kat kampung... mama terpaksa nanti xde org nak jaga zameer.
mesti zameer marah & rindu mama kan..dah lama juga kita x penah berenggang. mama minta maaf ye syg..memang mama rasa menyesal sgt2 tinggal zameer kat kampung. kalo boleh time ni juga mama nak fly balik kampung amik zameer kat sana.
MAMA RINDU ZAMEER SANGAT2...mama doakan semoga Allah pelihara anak mama, semoga zameer cepat sihat macam selalu. mama paling risau kalau zameer sakit dan:
1- tak mau makan
2- tak nak main
3- asik nak dalam buaiyan je
4- susu pon x mau juga...

memang lambat la zameer nak lega nanti. sayang jaga diri baik2 ye..nanti mama balik ambil. insyallah mama cuba balik secepat mungkin...

Salam rindu dari mama....

Monday, December 5, 2011

Peliharalah Mereka Ya ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah,

kau ampunilah dosa-dosaku, dosa suami ku, dosa anakku, kedua orang tuaku, ahli keluargaku dan seluruh ahli keluargaku. lindungilah kami semua dari segala kejahatan dan kemusnahan. peliharalah kami dibawah payunganmu. Bimbinglah kami ke jalah yang engkau redhai.

Ya Allah,
Andai aku pergi dahulu dari mereka, kau peliharalah mereka semua. kau rahmatilah mereka.
kau lingdungilah suamiku Ya Allah, kau peliharalah dia, kerana aku sangat mencintainya Ya Allah. Jadikan dia seorang suami dan bapa yang soleh agar dapat kembali ke jalanmu dan membimbing anak ku. Sesungguhnya aku maafkan segala kesalahanya terhadapku.
Kau peliharalah anakku dibawah rahmatmu. sesungguhnya aku amat menyanyanginya lebih dari diriku. kau bimbinglah dia agar menjadi manusia yang soleh, yang memberi manfaat kepada org lain dan agamanya. agar dia menjadi pelindung mama dan papa di akhirat nanti.
aku tidak tinggalkan harta pada mereka semua, tapi hanya kasih sayang yang tak berbelah bagi.

sesungguhnya Ya Allah, aku redha dengan ketentuanmu, hanya engkau yang maha mengetahui dan engkau maha menyanyangi. kau tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai. tetapkan pendirianku, tetapkan imanku. agar dapat menjadi insan solehah.

amin.

Zameer Di Kampung lagi - cuti sekolah

2 Dec 2011
kita tumpang pak ngah pitt balik kampung naik kereta atieh. papa tak balik sbb kena kerja weekend. sejak kerja baru ni asik kene OT on weekend jek. malas la nak cerit skarang...lgpon banyak cerita kita dah ketinggalan x update kat sini kan.
nak pendekkan cerita, kita balik kampung ni saje je nak melawat kampung halaman yg dah lama x tgk ni..rasanya last skali kita balik time raya puasa. bulan 8 or 9 camtu. time birthday zameer la. skarang zameer dah 1 tahun 3 bulan dah.

Zameer kena tinggal di kampung
Mama sebenarnya xde niat pon nak tinggalkan zameer...mmg x sanggup nak pisah ngan anak mama ni. tp kebetulan 2 minggu lagi ibu zameer nak bbercuti. lepas bincang2 ngan tok & atih, diorang sanggup nak jaga zameer. mama pon perlukan sedikit masa. jadi mama plan nak tnggal zameer kjap kat kampung. kebetulan Mak lang & Abg Ammar pon ada kat kampung time cuti sekolah ni. boleh zameer kawan nganabg ammar skali...mmg mama sedih sgt, tp kuatkan hati sbb ini jalan terbaik buat zameer. mama x nak zameer terabai disebakan mama&papa sibuk bekerja. mama harap zameer kat kampung dapat sesuaikan diri. ingatlah, mamasangat sayangkan zameer. hanya tuhan je yg tahu bila zameer jauh dr mama...

Thursday, July 14, 2011

Resepi Makanan Bayi

Mama dok cari resepi makanan zameer lagi. zameer skarang dah 10 bulan lebih..dah makan macam-macam pon. kesian mama tengok kekadang mama tak sempat nak masak hari-hari zameer makan makanan yang sama je. ni mama jumpa lagi resepi baru. Semoga anak mama bertambah besar dan sihat. mama sayangggg zameer!


RESEPI UNTUK BAYI

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

* Kukus semua bahan.. *
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu....

*Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

* 3 sudu nasi yang baru dimasak
* Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu lobak merah yang telah didadu
* 1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
* 1 cawan air

Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan

Easy Chicken and Veggies

2oz (1/4 cup) chicken, cut into small pieces
1 small carrot, peeled and diced
2oz (1/4 cup) broccoli florets
homemade chicken stock or water

Put all ingredients into a saucepan and just cover with the stock/broth.
Simmer gently until the chicken is cooked through and the vegetables are tender.
Drain (reserving the broth) and puree in a food processor, adding back a little of the reserved cooking broth to create a thinner texture if necessary
Resepi pengenalan kepada daging utk bayi
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

Mama Geram!


Hari ni khamis, cam selalu, kene pergi keje drive sendiri. Tak kisah la kan, yang mama geram sangat tu, tank minyak dah kosong, signal minyak tu dah berkelip2. Panas hati mama. Dah la pagi2 orang nak cepat, mana sempat nak g isi minyak lagi. Mama tawakkal je laa.. bukan nak mengungkit ke apa, tapi ni bukan la kali pertama papa buat mama camni. Selalu je time nak pergi keje tank dah kosong. Mama tawakkal je pegi opis, nak wat camne tak sempat nak g isi dah. Bukan nak berkira sangat, tapi apalah sangat kalau malam semalam papa drive tu check siap2 kereta tu, langsung tak kisah pasal mama. Macam ni ke suami yang ambil berat pasal keluarga dia?

Update : Ikan oh Ikan


Ikan yang mama beli kat Old Town tu byk dah yg mati. Mostly mati yg betina..tak sempat la nak breed kan ikan2 tu…lepas balik ambil zameer hari tu, hanya tinggal 2 guppy jantan, 2 tiger barb, 1 ikan fullmoon tu. Sedih jek..rasanya mama terlebih bagi makan kot, so air kotor dan bertoksin.
 Minggu lepas mama g umah acu anan, mintak ikan lagi kat dia..nak 2 ekor betina jek, tp pak usu bagi byk pulak..takpe laa. Meriah sikit kan. Mama ‘renovate’ balik akuarium tu. Bagi cantik sikit, air kasi bersih sikit. Baru cantik. Nanti mama upload picture ye..

Wednesday, June 29, 2011

Kerja di Pejabat


(27 Jun 2011)
Dah seminggu network asik problem jek kat opis ni..tensen tol. Apa pon tak boleh buat! Ntah apa la BPM kat bawah tu dok buat yer… sekat macam2, agaknye brapa banyak la firewall rules yg diorang set dalam tu. Try tracert google pon mau 7-8 hops baru sampai. Hrmm…bosanye keje camni..dah la semua kerja perlu online!

Zameer dah 10 Bulan

29 Jun 2011
Zameer mama dah 10 bulan hari ni..happy birthday sayang... kalau zameer nak tahu, setiap bulan mama akan wish zameer... dari 1 bulan sampai la 10 bulan ni..ada orang kata kat mama, sambut birthday tiap2 bulan ke? suka hati mama la kan, zameer kan anak mama..hehe.
tak sabarnya mama...esok nak balik ambil zameer di kampung. hati rasa cam dah sampai jek..berkobar-kobar jek rasa..
ya Allah, selamatkan lah perjalanan ku nanti..semoga aku ditemukan semula dengan anak aku dengan selamat. amin...

Zameer di Kampung 2011


3 Jun 2011. 
Kita balik kampong..rasanya dah lama mama tak balik. Last ssekali sebelum mama start kerja kot. Rindu sangat kat Kedah. Tapi time ni kita baliksebab pengasuh Zameer(Ibu Ros) ambil cuti seminggu sempena cuti sekolah. So mama and papa pon terpaksa la ambil cuti and balik kampong juga. Mama ingat nak tinggalkan sekejap zameer di kampong sementara 1-2 minggu. Nak biasakan zameer dengan suasana kampong. Lagi pun dah lama zameer tak jumpa tok ngan wan kan. Tapi memandangkan awal bulan Julai mama terpaksa balik lagi untuk majlis nikah Pak Chaq (Hamzany) mama and papa decide nak tinggalkan Zameer ngan Atieh sebulan. Berat juga hati mama nak berpisah ngan zameer. Tapi mama nak juga zameer rasa hidup di kampong macam mama dulu. Seronok, tak pernah sunyi. Mama tabahkan hati. Masa hari nak balik ke KL, tuhan je tahu sedih mama tapi katkan juga semangat. Harap2 anak mama nanti tak menyusahkan dan semua orang sayang. 

Sampai je di Putrjaya, sangat lain suasana masa zameer takda. Sunyi jek rumah tu. Mama tengok baju2 zameer yang belum basuh.. mama cium2 baju2 tu nak bau zameer. Rindu zameer sangat-sangat. Meleleh juga air mata mama rindu ngan zameer. Time nak tido tu, papa pula nangis, rindu sangat kat zameer. Dia lagi tak pernah berpisah ngan zameer sejak balik lepas pantang dulu. Terharu mama kasih sayang papa kat zameer. Mudah-mudahan papa akan sentiasa sayang zameer selamanya macam tu.

Sebulan, rasa cam lama sangat..ikut hati nak jek mama balik ambil zameer semula, tapi nanti kena balik lagi..tahankan je laa..sabar. fikir positif jek..atieh kata zameer happy jek. Suka main, wan selalu bawa jalan kat luar, ada kucing Acik, Acu suka layan..zameer tak pernah bosan. Atieh kata zameer dah pandai memanjat, lasak sangat sampai dia penat..hehe.. kesian Atieh  kan. Zameer suka makan..apa saja nganga jek atieh kata. Mama hanya dengar dari jauh jek..time mama call nak cakap, zameer diam jek, tak nak cakap. Hairan agaknya dengar suara mama kan. Hmm..bukan mama tak sayang, sayang sangat2. Cuma ni satu pengalaman yang mama nak zameer rasa..cepatlah masa berlalu, mama nak anak  mama balik :D