Wednesday, January 25, 2017

LOSYEN ALLANO AMWAY

ALLANO Hand & Body Lotion (250g) 

✿ Losyen badan berasas buih yang unik
✿ Mudah disapu
✿ Tidak comot atau berminyak
✿ Mengandungi Alantoin dan Lanolin - untuk melega dan melembap kulit yang paling kering sekalipun
✿ Terbukti berguna bagi wanita mengandung untuk menghilangkan kesan parut stretch mark
✿ Menghilangkan rasa gatal
✿ Mengelakkan bayi dari terkena gigitan nyamuk
✿ Berguna untuk kulit di saat kecemasan seperti terkena air panas atau melecur akibat tebakar

Antaranya kegunaannya:
1. Kalau ada yg sedang kena chicken pox, sapukan Allano lotion ni utk kurangkan gatal dan kurangkan risiko parut-parut campak.
2. Sebagai insect repellent. Sapu pada kaki dan tangan sebelum tidur supaya nyamuk tak gigit.
3. Untuk menghilangkan gatal-gatal gigitan nyamuk atau serangga.
4. Untuk luka kecil dan besar. Contohnya papercut, luka terkena pisau.
5. Melecur kerana air panas. Jangan basuh tangan, sebaliknya spraykan Allano pada tempat yg melecur.
6. Melecur kerana api.
7. Melembabkan kulit badan dan juga boleh dispray pada tapak kaki yg pecah-pecah.



Testimoni pengguna:

"Allano berkesan untuk kulit gata-gatal dan terkena air panas"


"sangat berkesan untuk baby yang kena ruam teruk dan kesan strech mark di perut"



Hebat kan losyen ALLANO ni?

jom dapatkan dari saya:

whatsapp 0129173508




Friday, February 5, 2016

Set Lepas Bersalin Amway Tropical Herbs

Hi semua,

Hari ni citiee nak kongsi sikit mengenai satu produk best untuk ibu-ibu mengandung atau lepas bersalin yang sedang mencari set berpantang yang bagus. produk ni sebenarnya dah lama dalam pasaran Malaysia cuma orang2 muda macam kita ni tak ambil tahu sangat. citiee dulu pun guna produk lain. tapi berdasarkan testimoni kawan-kawan dan orang lain yang adh guna, diorang kata produk ni BEST sangat2... nak turun berat badan pun lebih cepat, tidak memberi kesan kepada bayi yang menyusu, malah menambah lagi susu ibu... wow! kenapa laa citiee tak cuba dulu yee..

Jom tengok apa yang ada dalam Set Lepas Bersalin Tropical Herbs Amway ni:

Complete Set : 10 Item + Free Bengkung

Kandungan Set Bersalin Tropical Herbs Amway:

Untuk dimakan (3 Item):
10 uncang x Teh Herba
60 kapsul herba x Lepas Bersalin 1
80 kapsul herba x Lepas Bersalin 2

Untuk kegunaan luaran (7 Item):
20 uncang x Herba Pembersih Wanita
20 uncang x Herba Mandian
20 paket x Campuran Peramping Perut (param)
15 paket x Campuran Penghangat Badan
15 paket x Campuran Penenang (pilis)
1 botol 60ml x Minyak Bayi (minyak telon)
1 botol 60ml x Minyak Urut Herba (untuk Ibu)

Free Item
1 x Bengkung Lepas Bersalin 
Carta & Cara Penggunaan Setiap Item Sepanjang Tempoh Berpantang

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs Amway - Complete Set:-

Kalau korang berminat nak dapatkan set Lepas Bersalin Tropical Herbs Amway ni, boleh contact citiee ye. boleh call/sms/whatsapp citiee di no 012-9173508 atau emel je citieecomei@gmail.com

JOM BELI SEKARANG!

Hanya RM 326.50 sahaja !

Satu Set Bersalin Tropical Herbs Amway + FREE Bengkung + FREE KOS PENGHANTARAN

Nak diskaun lagi??? boleh aje... tapi kena PM/Whatsapp/SMS citiee ye... gerenti puas hati.

Produk Original dan kualiti dijamin oleh:


Nak tahu cara penggunaan Set Lepas bersalin ni ? Jom kita tengok cara-cara penggunaan:-

1. Teh Herba: Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
  • Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
  • Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
  • Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
Arahan:-
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-9 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.


2. Pil Lepas bersalin 1: Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi

  • Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

3. Pil lepas bersalin 2: Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
  • Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
  • Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
  • Merangsang rembesan susu.
Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

4. Herba pembersih wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.

  • Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf
  • untuk mengguat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
  • Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
  • Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan:-
Guna produk pada hari ke-1 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.


5. Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.

  • Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
  • Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
  • Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
  • Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.

6. Campuran Peramping Perut (Tapel): Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.

  • Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
  • Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
  • Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
*JIKA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN, DIGUNAKAN SELEPAS SEBULAN.


7. Campuran Penghangat Badan (Param): Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.

  • Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
  • Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.


8. Campuran Penenang (Pilis): Menenang dan menyamankan dahi.

  • Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
  • Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.


9. Minyak Urut HerbaMenyingkirkan angin dan merehatkan badan.

  • Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
  • Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
  • Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.

10. Minyak Bayi: Melegakan angin dan kembung
  • Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
  • Tidak mengandungi menthol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
  • Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
  • Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
  • Menyamankan kulit bayi.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan petang selepas mandi.



Terima kasih  ^_^

Monday, November 9, 2015

9 November 2015

Hari ni, hari lahir mak saya yang tersayang.

hingga saat ini, saya masih belum hubungi mak...
lidah kelu nak bercakap.
bertapa saya sayangkan dia
bertapa saya berterima kasih padanya
bertapa saya syukur ada ibu sepertinya...

yang sentiasa mengingatkan saya tentang hidup
yang sentiasa menegur kesilapan saya
yang sentiasa sabar dengan kedegilan anaknya ini...
dan sentiasa memahami bila hati ingin berubah
bila sentiasa bersama susah dan senang

Masa menjadi anak, rasa semuanya mak perlu buatkan, mak perlu sediakan
sebab dia MAK...
bila menjadi ibu, rasa peritnya nak melahirkan,
payahnya nak membesarkan
mencabarnya nak mendidik anak2
takutnya cabaran mendatang
kerana aku juga seorang MAK

Mak, siti sayang mak...
terima kasih atas semua usaha mak membesarkan kami.
mak & abah adalah tunjang kami..
yang mengajar kami sebuah kehidupan, sebuah kebahagiaan
yang memenuhi segenap hidup kami dengan kasih sayang...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku 
dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka 
memelihara dan mendidikku di masa kecil
Amin.


Semoga apa jua yang mak & abah hajati tercapai. Temui kebahagian dunia & akhirat bersama.

citiee
9/11/2015
4.50pm

Tuesday, June 30, 2015

Zeeyad dah boleh berjalan

Moment to remember

Zeeyad (adik) dah boleh berjalan akhirnya..yeayy baby mama dah besar

Date: 25 june 2015

Pengasuh taska cakap, diorang trained adik dari pagi sampai petang. Time mama ambil adik dah confident jalan... Bangganya mama.

Love u adik

haii..berabuk lagi

Assalamualaikum...

berjuta kemaafan dipohon kerana menyepi banyak ketika..huhu
terrrrrlalu sibuk dgn kehidupan dan kebahagiaan...cehh

from now on, I'll slowly come back..heh!

hmm...now mama back to work after 1++ years menyepi...having a wonderful journey being a mama with 2 little heroes. a lot to story but limited "me" time.

hmm...tp plan nak buat come back jugak sbb byk sgt kenangan yg nak simpan...buat tatapan anak2 bila dah besar nanti... insyaAllah.

p/s: its ramadhan now..semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan mulia ini. dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Insyaallah.

13 Ramadhan 1436H

Saturday, October 25, 2014

Kedai Nasi Arab Aroma Hijrah

Sapa suka makan nasi arab??? Saya suka juga tp takde la minat sangat... 
Tapi... Bila makan kat sini, rasa nasi arab dia memang lain dari yg lain..sedap sgttt
 
2 times in a week kami ke kedai ni..first time dgn mak abah ajakan abg pit..kebetulan betul. Dah puas hati, suami ajak pula mama & baba mertua makan di sini sempena sambut birthday pak long zameer... 
Memang sgt sedap..nasi dia tak muak dan tak berminyak. Makan banyak pun takpe. 
Ayam n kambing pun sedap. Ada salatah dan salad timun...
Tak mau cakap byk...overall memang sangat puas hati makan kat sini! :D
Nak ke sini kami ikut highway Guthrie keluar ke Bukit jelutong/ TTDI Jaya. Berdekatan dengan kem TUDM. 
 

Thursday, August 28, 2014

Perjalanan Baharu - Being Mama

Lepas solat tadi...terfikir kenapa aku dijadikan sebagai aku... di dalam doa..timbul ihlam baharu... I was born for being a mother for my kids..yes! surely I was! seperti sejarah dalam namaku sendiri..., mungkin ini yg ditakdikan sebagai destiny dalam hidup...sesuatu yg kita mahukan selalu tak jumpa, sedangkan Allah persiapkan kita untuk menjadi sesuatu yg lebih daripada itu..
Ya Allah, Ya Rahman, sesugguhnya apa yg engkau rencanakan lebih baik dari hambamu yg hina ini..bantulah kami..tunjuklah jalan kepada kami...

mudah mudahan anak2 kami di bawah lindugan mu Ya rahman. jadikan mereka anak2 yg soleh, taat kepada perintahmu dan membawa ibubapanya ke syurgaMu..amin.