Tuesday, June 26, 2012

Yu Kids Island, The Curve

27 Mei 2012

Akhirnya, lepas papa asik sibuk dengan kerja sampai lewat, weekend pon keje, kami plan nak bawa zameer keluar jalan2....minggu ni kita g The Curve, Mutiara Damansara. lagipon lama juga mama x ke sana. ingat nak ke IKEA sekali. sesampai je kat The Curve tu, ternampak lak Yu Kids Island ni kat tingkat 3 (kot) pastu terus tanya papa..then papa kata OK (green light)

lepas makan di Kenny Rogers, terus ke Yu Kids Islan ni..ramai juga budak2 di sini. yang bestnye, ibubapa boleh masuk teman anak secara percuma. anak je kene bayar...best kan? kalau tempat lain akan caj untuk parent sekali or seorang sahaja dibernarkan masuk...ni both parents boleh masuk main sama2 ngan anak... Entrance Fee untuk seorang budak RM30 tapi berbaloi juga la kalau sekali sekala bawak..kalau selalu mau kering juga poket kan..hehe
sebab, banyak games yang anak2 boleh main plus persekitaran agak tersusun dan bersih. mainan pon macam baru2 lg...setiap person yang masuk WAJIB pakai stokin. kalo takde kene beli di kaunter. papa & zameer memang pakai kasut & stokin just mama je beli RM3.


tempat ni pon ada sediakan ruangan party bagi sesiapa yang nak buat birthday party untuk anak2.

Zameer? dia yang paling happy hari ni..main tak berhenti2...lari sana sini.. semua game dia main. tapi yang paling dia suka pool yang penuh dengan bola2....siap baring2 lagi lam tu.







Lepas main? tengok laaa

 zzzzzzzzzzz...letih sangat




seronoknya zameer
-photo & video-

No comments:

Post a Comment

Jom komen entry saya...