Wednesday, June 27, 2012

Papa selalu balik lambat


 Kebelakangan ni, papa selalu je balik lambat. tinggal la mama & zameer je kat rumah tu...kesian zameer, kesian mama juga..

takpe laa...mama faham papa kene kerja. tapi kekadang rasa sunyi juga bila papa selalu takde. time papa balik pon dah lewat, pastu sibuk mengadap tv or laptop pulak... macam takde masa untuk mama & zameer.

Tuesday, June 26, 2012

Melawat Rumah Kami

Kisah Baju Raya


baju raya zameer selepas buat tempahan pada tailor luar...

memang xde la lepas ni nak tempah kat orang dah..mak saya juga tailor yang paling best dia alam semesta!!!

Family Trip : Cameron Highland 2012

**eeh...kenapa post kosong ni??? laa lupa nak story kee...tu la slalu sgt post tittle dulu then baru update info..almaklum laa sibut teramat (ye ke??)

Kisah percutian kami bersama keluarga di kampung ke Cameron Highland.....sangat laa best..

yang join :
  1. Wan
  2. Tok
  3. Mama
  4. Papa
  5. Mama zameer
  6. zameer
  7. Pak ngah
  8. Mak ngah
  9. Kakak Balqis
  10. Kakak Humaira
  11. Adik Mak Ngah
  12. Atieh
  13. Andak
  14. Acu Pozi
  15. Pak Long Kimy
  16. Mak long
  17. Kakak Husna
  18. Adik Hafiz

fuuu...ramai kan?? the more the merriah..hikhik

kami stay kat sini : Agro Highland & Chalet . area Brinchang. tempat ni memang de best untuk family trip yang ramai cam kami ni...dapat makan strawberry free lagi ok..buka je pintu terus ladang strawberry...mama suka..mama suka..
aktivti kami kat sana?
  1. pi pasar malam brinchang (wajib la kan)
  2. lawat BigRed Strawberry Farm (kat area pasar malam tu je)
  3. Aktiviti BBQ malam hari
  4. lepak2 tengah malam yg sejuk (best sgt)
  5. lawat MARDI
overall, family trip kali ni paling best...walaupun kos tidak seberapa, tapi bila dapat berkumpul adik bradik camni rasa seronok sangat. masing-masing nampak enjoy je...yang penting tok & wan pon happy. siap cakap nak datang lagi next time...insyaAllah ada rezeki kita datang lagi yee...
jom layan gambar2 kami kat sana

Time check in...masa ni dah teruja dengan strawberry yg tergantung2 tu

sila masuk bilik masing2 ee..kami ambil 1 family  room, 2 standard room


mak bawa bekalan dari penang



di bigred farm



pilih atieh jgn tak pilih

mak & mama


BBQ Time

Menu BBQ



sejukkk

strawberry boy

strawberry Girl

heat your body

peace morning...nak jalan ke pasar pagi brinchang


di MARDI


Andak ngan budak2










Yu Kids Island, The Curve

27 Mei 2012

Akhirnya, lepas papa asik sibuk dengan kerja sampai lewat, weekend pon keje, kami plan nak bawa zameer keluar jalan2....minggu ni kita g The Curve, Mutiara Damansara. lagipon lama juga mama x ke sana. ingat nak ke IKEA sekali. sesampai je kat The Curve tu, ternampak lak Yu Kids Island ni kat tingkat 3 (kot) pastu terus tanya papa..then papa kata OK (green light)

lepas makan di Kenny Rogers, terus ke Yu Kids Islan ni..ramai juga budak2 di sini. yang bestnye, ibubapa boleh masuk teman anak secara percuma. anak je kene bayar...best kan? kalau tempat lain akan caj untuk parent sekali or seorang sahaja dibernarkan masuk...ni both parents boleh masuk main sama2 ngan anak... Entrance Fee untuk seorang budak RM30 tapi berbaloi juga la kalau sekali sekala bawak..kalau selalu mau kering juga poket kan..hehe
sebab, banyak games yang anak2 boleh main plus persekitaran agak tersusun dan bersih. mainan pon macam baru2 lg...setiap person yang masuk WAJIB pakai stokin. kalo takde kene beli di kaunter. papa & zameer memang pakai kasut & stokin just mama je beli RM3.


tempat ni pon ada sediakan ruangan party bagi sesiapa yang nak buat birthday party untuk anak2.

Zameer? dia yang paling happy hari ni..main tak berhenti2...lari sana sini.. semua game dia main. tapi yang paling dia suka pool yang penuh dengan bola2....siap baring2 lagi lam tu.







Lepas main? tengok laaa

 zzzzzzzzzzz...letih sangat




seronoknya zameer
-photo & video-

Keletah Zameer Mei 2012

Sisipan keletah zameer :

ni time mama kemas rumah, ubah meja panjang ni ke ruang depan. sibuk je nak panjat meja tu. nasib baik la meja berat kalau tidak dah terhempap zameer tau!

-photo to upload-

ni pulak time kena cubit dengan anak asuhan jiran pengasuh zameer. kesian anak mama yee... takpe zameer kan hero. tapi yang tak bestnye, lepas seminggu zameer kena lagi penyakit HMFD. kesian dia. rasanya kena dari budak yang cubit dia ni laaa...


-photo to upload-

Trip to Medan Day 3

to be continue...

Trip ro Medan Day 2

to be continue...

Tuesday, June 5, 2012

Trip to Medan Day 1

15/5/2012 ( Selasa)

KUL_PEN
Jam 5 pagi kami dah bertolak ke LCCT dihantar oleh Pak Long Zameer (aka Abg Farid). Nasib baik la dia cuti hari ni kalo tak terpaksa la amik teksi kan..hehe. sebelum tu, flight ke Penang dah check in awal2 dari ofis semalam. so bawa boarding pass je hari ni dan disebabkan takde luggage check in lg cepat laa...oppss lupa nak cerita kenapa pi penang dulu kan..sebab masa beli tiket dulu, flight offer KUL - MEdan dah habis. ada pon dari penang je. kebetulan KUL-PEN pon murah je RM12/2pax..murah kan?? naik bas pon tak lepas ni..hihi
Flight AirAsia dari KUL-PEN takde masalah. semua ontime je..cuma disebabkan kami tak memilih seat, terpaksa la duduk berasingan seat. papa di belakang (line29) mama di depan (line 6) takpe laa..dekat je pon lebih kurang 45 minit kami sampai ke Penang.
Sampai di penang lebih kurang jam 7pagi..awal lagi woo...masa sampai tu pon gelap lagi..matahari baru je nak keluar...mata pon berat lagi ni..hehe. di Penang kami lepak2 je kat luar airport tu sambil mama tido kat bahu papa...pastu g minum2 jap sementara tunggu next flight.

PEN-MES(MEDAN)


muka acem sbb penat nunggu
Sepatutnya flight ke Medan adalah jam 11.05am. tapi desebabkan delay, jam 12.30pm baru bergerak dari Penang..ramai juga orang nak ke Medan ni. Kebanyakan Orang Medan sendiri yang datang ke Malaysia atas urusan2 tertentu. terjumpa seorang makcik ni dari Kangar Perlis nak ke Medan juga. dia ada buat bisnes Comforter & cadar cotton. so dia nak g cari kain kat Medan. katanya ramai orang Medan datang ke Penang untuk berubat dan beli barang. aii...kat indonesia kan lagi murah ape barangyaa (lam pikiran laa). dia kata barang di medan lebih kurang sama mcm di malaysia. lagipon dekat je lebih kurang 45 minit je Penang ke Medan. Ramai orang Medan datang berubat di Penang katanya. sebab diorang tak percaya Doktor kat sana (pulakk) patut la ramai je yang pakai kerusi roda kat sini...kebanyakan orang cina laa..agaknya diorang banyak duit so dapat la berulang alik ke sini...dalam flight kali ni, mama dok sebelah papa..best sikit bole pegang2 tangan..hehe.


Sampai je di Medan, kena berurusan di kaunter imigresen. sebelum mama ke sini, banyak blog/komen yang mama baca di internet kata imigresen di Medan ni x friendly. tp time mama tu ok jek cuma x senyum je tp servis ok je...nasib laa sapa yang kena kan..hehe. keluar je dari kaunter tu, dah ada orang menunggu kami. porter agent dari Lovely Holiday. bagus2..mama jangkakan akan ada orang dok pujuk2 nak angkat beg..tp takde..nasib baik. porter tu siap pegang tag nama papa..senang sikit nak cam..orangya pon mesra je.
lepas tu dia pass kami kat Tour Guide kami. Encik Hamzah dari Lovely Holiday. orangnya muda lagi.

lepas ke Van, kami diberitahu akan ada 2 group lagi dari Malaysia yang akan join..alaaa ni yang tak best ni kan..tp takpe laa.. kami kene tunggu diorang sampai dulu baru boleh gerak ke destinasi - DANAU TOBA.

sementara menunggu, kami request untuk makan dulu ( lapar gilee sbb tunggu flight delay td). so dia hantar kami ke Rumah Makan ACC di pekan Medan tu. makan dia?? uii sedap2..mama mula was2 juga takut pedas2 tp ok je.sedappp walaupun macam lauk2 kampung je kan...paling hebat, makan berdua je, lauk penuh satu meja..hhuhuhuh.. penat juga nak ngabiskan apa yang patut...







lepas makan, posing sikit2...kedai pon bersih je..then kami order jus buah...yang wajib Jus Alpukat (avocado) sedappp tau...papa order oren tp dapat jus limau manis tu...memang sedap sangat2
(isk asal lak rotate ni!!!)





Lepas makan & lepak2 kejap, bapak Hamzah datang. katanya dah nak gerak ke Airport semula jemput 2 group lagi. so kami pon follow la dia..agak ramah orang nye. kecik je. so senang nak tanya apa2 ngan dia..sebelum sampai ke Airport, dia bawa pusing2 area berdekatan. kat sini banyak perusahaan besi & kayu. ada satu deret kedai yang buat perkakasan besi jek...jalan??? macam biasa laa macet di indonesia sama jek..
Group yang join kami tu 2 Chinese  girl dari Bangsar dan 1  Malay family (mom/dad/child) anak dia lebih kurang 3 tahun laa...so naik la kami ber 8 including hamzah & budak kecik naik 1 van...not so exclusive laa..nasib baik mama dah book tempat seat 1st row awal2 kalo tak kene dok belakang lagi sakit.

Perjalanan ke DANAU TOBA

ingatkan nak ke danau toba ni kejap je. dalam internet kata lebih kurang 3 jam. skali pak Hamzah tu kata paling kurang pon 5 jam...huaaa?? ni balik kampung pon lepas ni...tp rasanya balik kampung lagi best kot compare dengan perjalanan dari Medan nak ke DAnau Toba ni....malas la nak cerita....5 jam tu. dipendekkan : kalo orang sponsor nak ke sini lagi pon x mau dah kalo kene tempuh perjalanan camni..korang bayangkan sendiri laaa....jalan nak ke cameroon highland kita lagi 10 kali ganda lg baik. xmo cerita laa..kita sambung next part untuk Day 2 yee..tataaaa