Saturday, February 25, 2012

Out to Miri, Sarawak (Work)

Mama ke Miri?? yes dear...mama di arahkan utk ke miri minggu ni atas urusan kerja. ministry mama ada buat karnival di sini. green community. jadi, terpaksa la tingal lagi zameer. hmmm...berikut ceritanyaa:

mama & gangs kat office kene buat jemputan utk karnival tu, jadi department mama nak hantar staff utk jaga & sambut jemputan disana nanti. so mama antra yang terpilih. so, 23/2/12 mama bertolak ke miri. dari office ada driver hantar ke KLIA naik MAS flight jam 1 ptg. perjalanan lebih kurang 2 jam utk ke miri. so masa tu mama ber'3 dgn pegawai & kawan office. dlm flight mama di tepi tingkap, sbb mama teringin sgt nak tgk view sepanjang perjalanan. best juga tau...tgk laut yg terbentang luas, awan yang putih macam kapas yg gebu, view yg kita x dapat tgk dari bawah.  rasa teruja amat sgt..hati mama asik memuji kegungan pencipta alam kita - Allah.
ada beberapa pulau di tengah2 laut...tp mama x pasti pulau apa...nanti mama check balik.rasanya kepualauan indon kot. tp cantik sgt. ebelum sampai di miri, dari jauh, nampak pesisir pantai sarawak. lautnya cam landai & nampak je batu karang sekeliling tu. kalo la mama dapat pergi pantai2tu kan....haihhh teringin nyaaa

sampai je di miri, cuaca panas lbh kurang 33'celcius..panas juga sbb dekat dgn laut. airport lebih kurang cam airport lama kepala batas alor star dulu2. teruja juga nak tgk tempat org. tp pa pon kerja tetap di utamakan.
kami dihantar ke hotel Imperial di bandar miri. ok juga la hotel dia..selesa. majoriti kawasan di sekitar ni adalah kawasan cina. lepas ke bilik, jam 7 kami berjumpa di lobi..nak makan. disebabkan masing2 first timer di sini, kami tak tu di mana nak makan. kawasan sekitar pon kedai makan cina sahaja. so kami decide makan di KFC di mall sebelah ni...KFC je??? kat KL pon belambak kan?? hehe

lepas makan tu, mama & kawan berjalan2 di kawasan sekitar..tp x pasti nak tuju arah mana..jalan je..then sampai satu supermarket tuk beli jajan. beli la serba sikit barang makan/stok di hotl. mama beli teh bunga ros & crisantinum (eja tak betul ni) saja nak beli sikit2 barangan tempatan. tp byk makanan cina & takde logo halal. jd apa yg patut je la kan. sepanjangjalan tu banyak kedai2 makan & pub..kami lintas hotel Mega tempat pegawai & staff lain menginap. ops..lupa nak cakap...mama jalan kaki je tau..rasa cam jauh juga..dah la berdua je perempuan pulak tu jalan malam2.
lepasbalik hotel, rehat. esok pagi kene kerja.
pagi jam 9 dah turun. g hotel Mega buat kerja. petang ni kene g Permy Mall di permyjaya. jaditgh hari jam 1 ptg ingt adamasa snggang kami nak g pasar tamu muhibbah. sempat jalan2 kejap je, bos dah call soh blk. mama sempat beli sabut petola je sbb atieh pesan..mama borong byk juga la. then beli sikit beras bario or borneo? ishh..ntah la x ingat.


malam, pasblk dr permy mall, sempat juga kami ke pasar malam seberkas. mama google la lam tenet, so jumpa blog orang ni yang dah ke sana (http://catzscafe.blogspot.com/2009/05/jalan-jalan-cari-makanan-pasar-malam.html)..hii.. ni lae kisah ngeri kami kat sini. excted sgt nak ke pasar tu..mula2 pergi naik teksi. dah sampai, jalan2, mama beli kek lapis, makanan serba sikit. kat sini byk makanan tempatan juga..cam pasar malam kat tempat2 lain juga... yang tragisnya, kami tak tau cana nak balik (huhu). ingatkan teksi di sini banyak yg lalu lalang, lpas makan & shopping, baru terfikir nak balik cana...menapak la kami cari teksi...jalan kaki malam2 kami berdua...melilau cam org gila tgh2 jalan. pastu kami jalan ke Boulevard Mall...bole tahan jauh dia dari pasar malam seberkas ni. jln kaki ok. sampai sana,  tnggu teksi langsung tak nampak. rupanya kene g dekat hentian teksi dekat mall tu.. kat miri ni tak banyak teksi yg lalu lalang. jadi kita kene g cari tempat dia..susah juga bg pelancong luar yg ke sini. jumpa pon selepas berpenat lelah menapak sana sini...haihhh lagi

esoknya, pagi jam 7 dah kene standby...pagi2dah bgn. sini siang cepat berbanding semenanjung. pkl 6 dahmcm pkl 8..cepat je dia cerah. malam pon pkl 6 camdah malam. so kerja hari ni kene stay kat tempat karnival di permy mall tu. sampai la petang. best juga tp panas. dapat tgk rosyam noor...heheh
reminder utk mama : jmpa member lama dari DVM dulu, tp cabang NGC..mama x ingat sgt nama dia..rasanya geng NGC, azlan kot.
mlm tu, balik, mandi & rehat jap, kami keluar lagi jalan2 sekitar ni..hari ni ada ca perjumpaan geng2 bikers kot kt sini..penh pub2 spanjang jalan tu dgn diorang..mama pon makan2 area situ jek...
balik, packing barang, esok da nak balik..harap2 dpt bgn awal..kalo sempat leh g pasar tamu jap pagi esok.
good night dear...

No comments:

Post a Comment

Jom komen entry saya...