Thursday, July 14, 2011

Resepi Makanan Bayi

Mama dok cari resepi makanan zameer lagi. zameer skarang dah 10 bulan lebih..dah makan macam-macam pon. kesian mama tengok kekadang mama tak sempat nak masak hari-hari zameer makan makanan yang sama je. ni mama jumpa lagi resepi baru. Semoga anak mama bertambah besar dan sihat. mama sayangggg zameer!


RESEPI UNTUK BAYI

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

* Kukus semua bahan.. *
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu....

*Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

* 3 sudu nasi yang baru dimasak
* Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu lobak merah yang telah didadu
* 1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
* 1 cawan air

Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan

Easy Chicken and Veggies

2oz (1/4 cup) chicken, cut into small pieces
1 small carrot, peeled and diced
2oz (1/4 cup) broccoli florets
homemade chicken stock or water

Put all ingredients into a saucepan and just cover with the stock/broth.
Simmer gently until the chicken is cooked through and the vegetables are tender.
Drain (reserving the broth) and puree in a food processor, adding back a little of the reserved cooking broth to create a thinner texture if necessary
Resepi pengenalan kepada daging utk bayi
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

Mama Geram!


Hari ni khamis, cam selalu, kene pergi keje drive sendiri. Tak kisah la kan, yang mama geram sangat tu, tank minyak dah kosong, signal minyak tu dah berkelip2. Panas hati mama. Dah la pagi2 orang nak cepat, mana sempat nak g isi minyak lagi. Mama tawakkal je laa.. bukan nak mengungkit ke apa, tapi ni bukan la kali pertama papa buat mama camni. Selalu je time nak pergi keje tank dah kosong. Mama tawakkal je pegi opis, nak wat camne tak sempat nak g isi dah. Bukan nak berkira sangat, tapi apalah sangat kalau malam semalam papa drive tu check siap2 kereta tu, langsung tak kisah pasal mama. Macam ni ke suami yang ambil berat pasal keluarga dia?

Update : Ikan oh Ikan


Ikan yang mama beli kat Old Town tu byk dah yg mati. Mostly mati yg betina..tak sempat la nak breed kan ikan2 tu…lepas balik ambil zameer hari tu, hanya tinggal 2 guppy jantan, 2 tiger barb, 1 ikan fullmoon tu. Sedih jek..rasanya mama terlebih bagi makan kot, so air kotor dan bertoksin.
 Minggu lepas mama g umah acu anan, mintak ikan lagi kat dia..nak 2 ekor betina jek, tp pak usu bagi byk pulak..takpe laa. Meriah sikit kan. Mama ‘renovate’ balik akuarium tu. Bagi cantik sikit, air kasi bersih sikit. Baru cantik. Nanti mama upload picture ye..

Wednesday, June 29, 2011

Kerja di Pejabat


(27 Jun 2011)
Dah seminggu network asik problem jek kat opis ni..tensen tol. Apa pon tak boleh buat! Ntah apa la BPM kat bawah tu dok buat yer… sekat macam2, agaknye brapa banyak la firewall rules yg diorang set dalam tu. Try tracert google pon mau 7-8 hops baru sampai. Hrmm…bosanye keje camni..dah la semua kerja perlu online!

Zameer dah 10 Bulan

29 Jun 2011
Zameer mama dah 10 bulan hari ni..happy birthday sayang... kalau zameer nak tahu, setiap bulan mama akan wish zameer... dari 1 bulan sampai la 10 bulan ni..ada orang kata kat mama, sambut birthday tiap2 bulan ke? suka hati mama la kan, zameer kan anak mama..hehe.
tak sabarnya mama...esok nak balik ambil zameer di kampung. hati rasa cam dah sampai jek..berkobar-kobar jek rasa..
ya Allah, selamatkan lah perjalanan ku nanti..semoga aku ditemukan semula dengan anak aku dengan selamat. amin...

Zameer di Kampung 2011


3 Jun 2011. 
Kita balik kampong..rasanya dah lama mama tak balik. Last ssekali sebelum mama start kerja kot. Rindu sangat kat Kedah. Tapi time ni kita baliksebab pengasuh Zameer(Ibu Ros) ambil cuti seminggu sempena cuti sekolah. So mama and papa pon terpaksa la ambil cuti and balik kampong juga. Mama ingat nak tinggalkan sekejap zameer di kampong sementara 1-2 minggu. Nak biasakan zameer dengan suasana kampong. Lagi pun dah lama zameer tak jumpa tok ngan wan kan. Tapi memandangkan awal bulan Julai mama terpaksa balik lagi untuk majlis nikah Pak Chaq (Hamzany) mama and papa decide nak tinggalkan Zameer ngan Atieh sebulan. Berat juga hati mama nak berpisah ngan zameer. Tapi mama nak juga zameer rasa hidup di kampong macam mama dulu. Seronok, tak pernah sunyi. Mama tabahkan hati. Masa hari nak balik ke KL, tuhan je tahu sedih mama tapi katkan juga semangat. Harap2 anak mama nanti tak menyusahkan dan semua orang sayang. 

Sampai je di Putrjaya, sangat lain suasana masa zameer takda. Sunyi jek rumah tu. Mama tengok baju2 zameer yang belum basuh.. mama cium2 baju2 tu nak bau zameer. Rindu zameer sangat-sangat. Meleleh juga air mata mama rindu ngan zameer. Time nak tido tu, papa pula nangis, rindu sangat kat zameer. Dia lagi tak pernah berpisah ngan zameer sejak balik lepas pantang dulu. Terharu mama kasih sayang papa kat zameer. Mudah-mudahan papa akan sentiasa sayang zameer selamanya macam tu.

Sebulan, rasa cam lama sangat..ikut hati nak jek mama balik ambil zameer semula, tapi nanti kena balik lagi..tahankan je laa..sabar. fikir positif jek..atieh kata zameer happy jek. Suka main, wan selalu bawa jalan kat luar, ada kucing Acik, Acu suka layan..zameer tak pernah bosan. Atieh kata zameer dah pandai memanjat, lasak sangat sampai dia penat..hehe.. kesian Atieh  kan. Zameer suka makan..apa saja nganga jek atieh kata. Mama hanya dengar dari jauh jek..time mama call nak cakap, zameer diam jek, tak nak cakap. Hairan agaknya dengar suara mama kan. Hmm..bukan mama tak sayang, sayang sangat2. Cuma ni satu pengalaman yang mama nak zameer rasa..cepatlah masa berlalu, mama nak anak  mama balik :D


Kedai Ikan di PJ OldTown


26 Jun 2011
Tengah hari mama masak asam pedas. Tapi yang tak besntnya mama pakai cili blend yang lama..dah bau hapak sikit. Tapi rasa tetap maintain. Papa makan sampai licin..hehe. 

Petang tu lepas makan, kami pergi ke Kedai ikan peliharaan di Old Town PJ. Lama dah tak pergi area situ. Boleh jalan-jalan sekali. Nanti ada masa kita pergi sama-sama pula ya! Target mama nak beli ikan untuk jadi geng ngan baby fish tu. Banyak ikan kat situ.. jenuh juga mama nak buat pilihan. Lastly mama pilih 13 ekor ikan (Guppy, Sword Fish, moonlight and tiger fish) cantik-cantik. Tapi yang tiger fish tu garang sikit..habis seekor ikan guppy mama hilang esok kene patuk ngan dia..nyesal pula beli. Lepas tu papa bawa pergi rumah Acu Anan ni Bandar Tasik Selatan. Plan nak makan Char Koey Teow. Lepak-lepak kejap di rumah Acu, makan dan balik. Sampai jek kat rumah terus mama proses ikan-ikan tu. Nak asingkan dulu. Ikan tiger tu garang benar. Suka lompat-lompat. Last2 masa asingkan dia 2 ekor tu. Padan muka..tapi seronok..rasa meriah jek aquarium zameer tu..nanti zameer balik mesti zameer suka..hehe. banyak fish tau!

28 Jun 2011
Update on akuarium zameer. seekor ikan telah mati! eiii..geramnye mama kat tiger fish tu..abis ekor ikan tu hilang. dah la ad sepasang jek..tinggal laa seekor lagi sebatang kara..ikan yang jenis moon tu.
kalau ada lagi ikan mati lepas ni memang mama nak aasingkan dia lagi..x leh berkawang ngan orang lain nih!