Hari ni citiee nak kongsi sikit mengenai satu produk best untuk ibu-ibu mengandung atau lepas bersalin yang sedang mencari set berpantang yang bagus. produk ni sebenarnya dah lama dalam pasaran Malaysia cuma orang2 muda macam kita ni tak ambil tahu sangat. citiee dulu pun guna produk lain. tapi berdasarkan testimoni kawan-kawan dan orang lain yang adh guna, diorang kata produk ni BEST sangat2... nak turun berat badan pun lebih cepat, tidak memberi kesan kepada bayi yang menyusu, malah menambah lagi susu ibu... wow! kenapa laa citiee tak cuba dulu yee..
Jom tengok apa yang ada dalam Set Lepas Bersalin Tropical Herbs Amway ni:
Complete Set : 10 Item + Free Bengkung
Kandungan Set Bersalin Tropical Herbs Amway:
Untuk dimakan (3 Item):
10 uncang x Teh Herba
60 kapsul herba x Lepas Bersalin 1
80 kapsul herba x Lepas Bersalin 2
Untuk kegunaan luaran (7 Item):
20 uncang x Herba Pembersih Wanita
20 uncang x Herba Mandian
20 paket x Campuran Peramping Perut (param)
15 paket x Campuran Penghangat Badan
15 paket x Campuran Penenang (pilis)
1 botol 60ml x Minyak Bayi (minyak telon)
1 botol 60ml x Minyak Urut Herba (untuk Ibu)
Free Item
1 x Bengkung Lepas Bersalin
Carta & Cara Penggunaan Setiap Item Sepanjang Tempoh Berpantang
Set Lepas Bersalin Tropical Herbs Amway - Complete Set:-
Kalau korang berminat nak dapatkan set Lepas Bersalin Tropical Herbs Amway ni, boleh contact citiee ye. boleh call/sms/whatsapp citiee di no 012-9173508 atau emel je citieecomei@gmail.com
JOM BELI SEKARANG!
Hanya RM 326.50 sahaja !
Satu Set Bersalin Tropical Herbs Amway + FREE Bengkung + FREE KOS PENGHANTARAN
Nak diskaun lagi??? boleh aje... tapi kena PM/Whatsapp/SMS citiee ye... gerenti puas hati.
Produk Original dan kualiti dijamin oleh:
Nak tahu cara penggunaan Set Lepas bersalin ni ? Jom kita tengok cara-cara penggunaan:-
1. Teh Herba: Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
- Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
- Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
- Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-9 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika
2. Pil Lepas bersalin 1: Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
- Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.
3. Pil lepas bersalin 2: Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
- Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
- Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
- Merangsang rembesan susu.
Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.
4. Herba pembersih wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.
- Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf
- untuk mengguat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
- Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
- Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan:-
Guna produk pada hari ke-1 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.
5. Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
- Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
- Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
- Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
- Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.
6. Campuran Peramping Perut (Tapel): Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
- Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
- Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
- Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
*JIKA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN, DIGUNAKAN SELEPAS SEBULAN.
7. Campuran Penghangat Badan (Param): Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.
- Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
- Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.
8. Campuran Penenang (Pilis): Menenang dan menyamankan dahi.
- Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
- Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.
9. Minyak Urut Herba: Menyingkirkan angin dan merehatkan badan.
- Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
- Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
- Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.
10. Minyak Bayi: Melegakan angin dan kembung
- Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
- Tidak mengandungi menthol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
- Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
- Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
- Menyamankan kulit bayi.
- Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan petang selepas mandi.
Terima kasih ^_^