Monday, November 9, 2015

9 November 2015

Hari ni, hari lahir mak saya yang tersayang.

hingga saat ini, saya masih belum hubungi mak...
lidah kelu nak bercakap.
bertapa saya sayangkan dia
bertapa saya berterima kasih padanya
bertapa saya syukur ada ibu sepertinya...

yang sentiasa mengingatkan saya tentang hidup
yang sentiasa menegur kesilapan saya
yang sentiasa sabar dengan kedegilan anaknya ini...
dan sentiasa memahami bila hati ingin berubah
bila sentiasa bersama susah dan senang

Masa menjadi anak, rasa semuanya mak perlu buatkan, mak perlu sediakan
sebab dia MAK...
bila menjadi ibu, rasa peritnya nak melahirkan,
payahnya nak membesarkan
mencabarnya nak mendidik anak2
takutnya cabaran mendatang
kerana aku juga seorang MAK

Mak, siti sayang mak...
terima kasih atas semua usaha mak membesarkan kami.
mak & abah adalah tunjang kami..
yang mengajar kami sebuah kehidupan, sebuah kebahagiaan
yang memenuhi segenap hidup kami dengan kasih sayang...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku 
dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka 
memelihara dan mendidikku di masa kecil
Amin.


Semoga apa jua yang mak & abah hajati tercapai. Temui kebahagian dunia & akhirat bersama.

citiee
9/11/2015
4.50pm