Thursday, July 18, 2013

New Coming....

Just a short update....

Alhamdulillah, new family member are coming and the journey are begins..syukran Ya Allah for the nikmah that you have been given to us in this holy month... Ramadhan al Barakhah.




* just for record: i started feeling dizziness and morning sickness through all day long...may Allah give me strength and patient to face this moments.

*PEACE

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu ramadhan tahun ni...syukur atas segala nikmat yang Allah berikan ramadhan kali ini beserta Rezeki yang dinanti-nanti...
semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan ibadat puasa pada tahun ni...inyaAllah.


Monday, July 8, 2013

ME AND OLIVE OIL (MINYAK ZAITUN)

Pokok dan buah yang tinggi khasiatnya. disebut2 dan menjadi sunnah makanan nabi SAW.

""Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat."

sejak saya sedar akan kelebihan minyak ajaib ni, rasanya lepas tamat sekolah/spm, saya sentiasamencari peluang untuk menggunakan atau mendapatkan minyak ni...masa zaman anak dara dulu, tak la selalu sangat beli..takat beli botol kecik2 je buat masak spaghetti or salad.
tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan ni, Olive Oil ni seperti satu kewajipan di dapur rumah saya. dari segi pilihan jenama, saya tak kisah sangat, cuma saya selalu perhatikan betul2 origin / made in minyak ni...saya akan pastikan saya tidak membeli minyak keluaran Israel / jajahanya terutama yang mencuri tanah2 dari bumi PALESTIN.
selalu yang saya beli datang dari Italy, Spain, dan turkeyserta egypt. pilihan minyak pula adalah yang Extra Virgin Olive Oil (EVO). perahan pertama dari buah zaitun (Cold Press). ada juga minyak zaitun biasa, tp saya suka lagi aroma kelat/ greeny dari EVO.

kegunaan harian minyak ni macam sama seperti guna minyak biasa, cuma kurang sesuai untuk buat deep frying. kalau setakat nak menumis, goreng sayur, dll, saya akan guna minyak zaitun ni... yang tak biasa, pada awalnya mungkin x berapa suka aroma ketika menumis tu..tp saya ok je...kekadang cuma letak pada salad dengan perahan lemon, sedap juga.

salah satu sebab saya gunakan minyak ni, adalah untuk mengurangkan tahap kolestrol suami yang agak tinggi. sejak kawin, kami dah buat health screen test dan dia nampaknya ada high cholesterol. so, kami amalkan ni and sama2 dapat manfaat.
nak tau detail pasal olive oil ni sila lah Google ye...

hmm...baru2 ni saya beli minyak zaitun 2kg terus. dalam tin bulat tu..di kedai arab area Chow Kit..harga pun berbaloi2. sebab kegunaan minyak zaitun di rumah saya ni lebih dari minyak sawit, so stock kena lebih..hehe.
cuma time nak masak tu kena hati2 kuali/periuk jgn terlalu panas sebab minyak zaitun x boleh haba yang tinggi nanti hilang khasiat. kalau nak tumis sikit2 biasa saya campak bawang dulu baru masuk minyak.. cepat panas tau.