Wednesday, April 24, 2013

2013 FAMILY TRIP : KOTA KINABALU DAY 2

Kembali menyambung perjalanan percutian kami di negeri di bawah bayu : yang belum baca Part 1, Baca di sini

hari ke -2 :

Pagi hari ke-2, masing-masing bangun dengan rasa yang keletihan...kebanyakan terlepas subuh sebab masih tak biasa dengan waktu di sini (biological clock tak berubah lagi...hehe) biasa subuh kat sana 6.30 tp sini 6.30pagi dah terang bederang...qada' laa jawabnyaa...


pagi ni, kami siapkan bekalan untuk perjalanan hari ni. bekalan kami : nasi lemak + sambal + bilis Goreng
simple je untuk orang merantau...

bertolak dari MZ homestay, kami singgah di UMS yang kira-kira 5 minit perjalanan dari sini...saja nak melawat UMS. di UMS terdapat temapt Muzium Marin dan Akuarium...best tau... budak2 pun suka..kat sini terdapat pelbagai jenis ikan di pamerkan dalam akuarium besar.. kebanyakan yang di bawah penyelidikan UMS sendiri... masuk di sini perlu bayaran sebanyak RM5.00 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.













Perjalanan seterusnya adalah ke Kundasang....perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam dengan jarak 90 KM. namu jalan agak berbukit dan perlu lebih berhati-hati. Kami juga mengisi minyak full tank sebagai langkah berjaga-jaga...


dalam perjalanan ni, kiri dan kanan hanya hutan dan sesekali jumpa kampung...semakin tinggi, view semakin cantik dengan pandangan gunung ganang yang menghijau. semakin tinggi juga, semakin cantik...sampai la tak nampak apa2 sebab berkabus...hehe.. alhamdulillah, 1 jam sebelum sampai, kami mendapat welcome view dari puncak gunung kinbalu...masing2 sangat teruja hingga berhenti tepi jalan untuk mengambil gambar...








kemudian teruskan lagi perjalanan ke Pekan Kundasang. dari pekan kundasang, kami mengikut direction dari tuan Homestay untuk pergi ke Homestay yang telah ditempah.. rupanya homestay tu agak jauh dari pekan ni...jauh kedalam... tapi berbaloi.... kenapa berbaloi??? baca hingga habis entry ni..hehe

dari pekan kundasang ni, kita boleh melihat view yang cantik...nampak rumah2 di lereng-lereng bukit, semua hijau je...dan sejuk...

Resepi : Seafood Kimchi Jjigae `ala CitieeComei

nota awal :
semalam saya order kimchi dari pembuat kimchi halal dari area Cybrjaya, kimchi nya memang rasa seperti original from korea...yang penting, produk muslim & dijamin halal....



hari ni, lepas balik dari kursus petang tadi, terpikir nak masak Jjigae ni...sebab tengok resepi di google macam sangat senang dan bahan mudah2 je...Jjigae ni sebenarnya adalah sejenis STEW/berkuah dan base/asasnya adalah Kimchi.
kalau nak cuba, resepi asal ni diolah sedikit mengikut citarasa dan bahan2 yang ada di rumah... disebabkan tak nak makan dengan nasi, saya letak suhon (camne nak eja ni??) sebagai tambahan.



Resepi Kimchi Jjigae ala citieecomei

3 ekor udang (saiz besar) *boleh juga guna ayam/daging/ikan dll
sedikit scallops (optional)
3 Sudu besar Kimchi (dalam 1 cawan kot)
1 sudu besar cili kisar (saya guna cili serbuk yang dimasak)
2 cawan air
1 keping tauhu
1 sudu gula
1 sudu minyak masak
sedikit suhon (sebut suu uun)

masukkan semua bahan2 kedalam periuk, masak sehingga mendidih dan renehkan sebentar sehingga kuah sedikit pekat. rasa dulu sekiranya perlu tambahan garam, tambah sedikit...then, siap....taraaaa

**perinatan : air udang menyebabkan rasa kuah bertukar...seeloknya masuk di peringkat akhir.

makan sampai licin ok... ^__^