Wednesday, April 25, 2012

Sesi Family Photoshoot 2012 Part 1

last week (21/2/2012) kita ada buat family photoshoot by muazmohamed.com . sekitar putrajaya ni je...tapi ni la first time kita ambil photoshoot sekeluarga tau ( tak termasuk ambil sendiri laa)...
mama excited je, papa pon ok..tapi, zameer lak takde mood pepagi tu...haihh

ape pon, mama tak sabar nak tengok hasil2 gambar kita nanti..jom kita tengok teaser by http://www.muazmohamed.com/

Cantik Kan??? 

ada lagii....tunguuu

Penyakit Berjangkit ???



Tahun ni, ramai betul kawan2 opis mengandung...dah macam berjangkit2 pulak..lepas sorang, sorang kena..hehe opsss!! ini bukan penyakit tau..ini rezeki Allah bagi...
satu department ni dah 7 orang mengandung..unit mama je dah 3 orang out of 5..so bersiap sedia la untuk menanggung kerja-kerja lepas diorang bersalin nanti...huhu
ape pon, mari kita doakan yang terbaik untuk mereka, semoga diberikan kesihatan yang baik, dan anak2 yang sihat..aminn...

**Teringat mama masa mengandungkan zameer dulu...indahnyaa hidupp...

Wednesday, April 11, 2012

Resepi KEK RED VELVET

11 April 2012


Assalamualaikum...

hmm.tau tak hari ni hari apa? memang la hari rabu, tapi hari ini dalam sejarah ialah : Hari Pertabalan Yang Dipertun Agong. Sekarang adalah turn Sultan Kedah (sultan mama la tu..hihi). yang bersejarahnya, kali ini adalah kali kedua baginda sultan menjadi Agong Malaysia.yang mama tau, 1st time masa PM Tun Abdul Razak dan kali ini anak dia pulak Datuk Sri Najib. Camada jodoh je kan...
so, hari ni adalah hari cuti umum Malaysia...cuti-cuti malaysia??? bukan, kita dok umah je, kemas rumah, masak, tengok TV, tido, main ngan zameer.
hmmm...disebabkan cuti, mama plan nak buat Kek. Bahan2 semua dah ada, lama dah beli tapi xde kesempatan lagi nak buat. harap hari ni dapat la yee...
Ini pon bukan kali pertama mama buat kek ni, ni 2nd time. dulu rasanya bulan 11 tahun lepas (2011) mamapernah buat sekali. mama ni bukan pandai st bab2 baking ni, tgk resepi kat internet jeee....saje nak belajar buat kek sendiri...mana tau kan, kot2 masa2 depan nak buat bisnes ke ape..hehe (berangannnnn)
ok laaa...melalut panjang2 pon x guna kan...mama amik resepi kek velvet ni dari blog Kak Irma. dulu pon amik dari blog dia juga..alhamdulillah menjadi juga...hehe

ok, jom kita start buat kek...tengok resepi duluu....dan jom sediakan bahan2...ape yang takde tu pandai2 laa yerr

Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (mama guna tepung kek Blue key)
1 tsp baking powder (belasah pakai soda bikarbonat)
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder (left over hari tu ada lam 1tsp je, so mama tambah susu anlene perisa coklat)

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda (guna soda juga)

Cara-caranya...malas laa nak taip, rujuk je blog kak irma yee... (hehe sorry malas)

Jom Bakar Kek
Oven kat rumah kita ni sebenarnya Microwave Oven, tp boleh juga dijadikan conventional oven utk buat kek & grill. tapi dari pengalaman mama guna oven ni kan, kekadan dia ter-overheat, so kena pandai2 la adjust suhu dia yee...mula2 mama pre-heat 190'C, then bakar utk 30min. lepas check, tak masak lagi, mama jadikan 170'C pulak, sambung bakar lagi 15 minit.

Cheese Cream Icing

Mula-mula guna resepi lain, yang kena guna whipping cream. tapi disebabkan whipping cream yang mama beli tu dah rosak sebab salah simpan (sepatutnya kena bekukan utk

Monday, April 9, 2012

House Hunter 2012

April 2012

Finally, papa dah buat decision nak beli rumah. setelah beberapa tahun dok plan..akhir nya ada juga keputusan dia...so kami mula merangka plan untuk cari rumah yang sesuai. antara ciri-ciri rumah yang dipersetujui :

1. Mesti Teres (atas tanah) apartment/kondo x mau
2. Teres 1 Tingkat : Corner Lot (kalau harga berpatutan)
3. Bukan di kawasan padat/sesak/jam
4. 1st House utk didiami, bukan untuk investment sahaja.

bermulalah mama & papa buat survey di kawasan-kawasan berdekatan dan juga dalam internet.. (kan sekarang semuanya di hujung jari). kalau di internet, papa selalu tanya pakcik google or masuk mudah.my. first area yang kami terjah ialah di sekitar Puchong Perdana...

Puchong Perdana
kat sini banyak rumah untuk dijual @ 2nd Hand buyer. tapi lepas pergi tengok, macam x berapa berkenan since kawasan tu agak lama then harganya rasa cam tak berbaloi. kebanyakan rumah seperti rumah tinggal/buruk. so kos nak renovate nanti pon akan meningkat. harga rumah pon leh tahan mahalnya. satu lagi, area ni berdekatan dengan cyberjaya/putrajaya, jadi hartatanah di sini melambung-lambung tinggi.
satu lagi, instinct mama rasa x nak dok sini sebab mama rasa x nak kerja kat putrajaya ni sampai tua..(hehe)




Jitra, Kedah
uiii...jauh nyerrr... haa, ini pula kebetulan masa balik kampung hari tu (entry lepas) ada juga buat house hunter kat area sana. kami g tengok2 kat area hospital Jitra. namanya Taman Gemilang...rumahnya, uiii cantik-cantik. ada 2 type. Semi-D 2 Story, atau teres 2 story. yang semi D tu lawa gile. bilik 4. Harga RM370K ++...bole tahan laa. kalau nak show house tu, RM600K ++ haha, ada brani????
Master Bedroom SemiD



SemiD Corner landscape

yang teres 2 tingkat tu pulak, harga dari RM270k ++. rumah cantik juga, tapi dapur kecil jek. takpe, kita tengok2 je kan.



Semenyih

Hari bekerja, lepas office papa bawa ke semenyih. katanya nak g tengok tapak pembinaan baru. mak aiii, jauhnyee laa, area Hulu Langat sana. dah dekat Bukit Broga dah..jauh juga tambah dengan jalan Pekan Semenyih yang jam tu...taman dia pon dalam sikit. area ni ada rumah siap yang nak di jual. rumah 2 tingkat, cantik juga, cuma rasa cam pedalaman sikit la.. kalau dok sini alamatnya mama x mo gi keje laaa....huhu

Satu lagi, ada org promot rumah baru kat semenyih ni, masa mama g Bank Islam di Anjung. Semenyih parkland. harga pon ok juga dalam RM 230k. keluasan 20 x 65.  rumah modern design laa...macam ciri-ciri rumah impian mama...tapi kata papa kita survey yang lain dulu.




Rawang
Last weekend, papa ada survey di internet pasal rumah di area Rawang. katanya dekat juga nak g keje di KL berbanding dari semenyih. so, kita tinggalkan zameer dengan acu anan minggu ni sbb kalau bawak zameer nanti mama penat & tak leh buat keputusan (hehe...kesian zameer ye)
mula-mula, kami ke Taman Garing, Rawang....huiii, jalanya boleh tahan jam, masuk ke dalam area kilang2....mostly kawasan sini penduduknya kaum India. ada kuil, sekolah tamil...haihhh...camne nih????
sampai je di show house tu, kami dah cuak, sebab? hanya ada show house je 2 biji, pembinaan lain macam terbengkalai. show house tu pon macam dah lama sebab tengok dinding pon dah kotor, pokok dah mati dsb.. jadi, papa pon tak berani nak g jengok, kami blah cepat2 dari situ...hihihi... naya je kalo papa nak beli kat situ kan...alamatnye mama tak keluar rumah leee

Taman Desa Mas, Rawang

Dari Taman Garing tadi, kami terus ke bandar rawang sikit. kat situ ada area nama Country Homes (macam tempat om putih kan). kami pergi tengok show house Taman Desa Mas, Show house unit tu ada di Fasa 4, Unit yang sedang dibuka di fasa 6. itu pun sangat limited. ada la lebih kurang 8 unit lagi. so memang kene buat keputusan cepat. lepas view semua, papa rasa cam berpuas hati...mama pon suka sebab kawasan ni banyak orang melayu, dekat dengan sekolah, kedai, masjid. lepastu pula, dekat dengan Pasaraya AEON (formerly as Jusco) baru di Rawang ni. dekat dengan Tol Plus.
Tapi akak tu cakap, kena book cepat sebab limited. papa rasa cam tak sempat nak fikir. so kami minta tempoh 1 hari untuk berfikir. so malam tu juga papa buat keputusan nak umah tu. deposit RM500. Harga rumah RM290++ tapi tolak 7% untuk bumi lot + Rm5000 rebate tambahan jadi murah la sikit. deposit pulak ak tinggi sangat. lebih kurang RM3k++ je. buat masa ni, papa kene sediakan dokumen lengkap dulu untuk proses bank pula. insyaAllah, sekiranya ada rezeki kita nanti, dapat la rumah tu kat kita yee..zameer, mama & papa dah ada rumah sendiri nanti... :)

Jom view sikit pencarian rumah kita :

















sempat posing lepas tengok rumah

Cantik tak??? InsyaAllah kalau rezeki kita dapat rumah ni, mama teringin nak buat interior macam ni... hehehe

Monday, April 2, 2012

Finally..Dapat juga balik kampung

yeahhhh...akhirnyaa, setelah 3 bulan tidak menjejakkan kaki di tanah tumpah darahku (cewwwaaah), akhirnya, dapat juga balik...baru 3 bulan je pon kann??? tp rasa cam 3 tahun tak balik...huhu
dipendekkan cerita, kami balik on weekend jek..walaupun sekejap je, tp hatiku puasss..puas dapat jejak di tempat kelahiranku...hilang segala rindu walau sekejap cuma...cheeers!!!