Thursday, July 14, 2011

Resepi Makanan Bayi

Mama dok cari resepi makanan zameer lagi. zameer skarang dah 10 bulan lebih..dah makan macam-macam pon. kesian mama tengok kekadang mama tak sempat nak masak hari-hari zameer makan makanan yang sama je. ni mama jumpa lagi resepi baru. Semoga anak mama bertambah besar dan sihat. mama sayangggg zameer!


RESEPI UNTUK BAYI

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

* Kukus semua bahan.. *
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu....

*Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

* 3 sudu nasi yang baru dimasak
* Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu lobak merah yang telah didadu
* 1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
* 1 cawan air

Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan

Easy Chicken and Veggies

2oz (1/4 cup) chicken, cut into small pieces
1 small carrot, peeled and diced
2oz (1/4 cup) broccoli florets
homemade chicken stock or water

Put all ingredients into a saucepan and just cover with the stock/broth.
Simmer gently until the chicken is cooked through and the vegetables are tender.
Drain (reserving the broth) and puree in a food processor, adding back a little of the reserved cooking broth to create a thinner texture if necessary
Resepi pengenalan kepada daging utk bayi
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

Mama Geram!


Hari ni khamis, cam selalu, kene pergi keje drive sendiri. Tak kisah la kan, yang mama geram sangat tu, tank minyak dah kosong, signal minyak tu dah berkelip2. Panas hati mama. Dah la pagi2 orang nak cepat, mana sempat nak g isi minyak lagi. Mama tawakkal je laa.. bukan nak mengungkit ke apa, tapi ni bukan la kali pertama papa buat mama camni. Selalu je time nak pergi keje tank dah kosong. Mama tawakkal je pegi opis, nak wat camne tak sempat nak g isi dah. Bukan nak berkira sangat, tapi apalah sangat kalau malam semalam papa drive tu check siap2 kereta tu, langsung tak kisah pasal mama. Macam ni ke suami yang ambil berat pasal keluarga dia?

Update : Ikan oh Ikan


Ikan yang mama beli kat Old Town tu byk dah yg mati. Mostly mati yg betina..tak sempat la nak breed kan ikan2 tu…lepas balik ambil zameer hari tu, hanya tinggal 2 guppy jantan, 2 tiger barb, 1 ikan fullmoon tu. Sedih jek..rasanya mama terlebih bagi makan kot, so air kotor dan bertoksin.
 Minggu lepas mama g umah acu anan, mintak ikan lagi kat dia..nak 2 ekor betina jek, tp pak usu bagi byk pulak..takpe laa. Meriah sikit kan. Mama ‘renovate’ balik akuarium tu. Bagi cantik sikit, air kasi bersih sikit. Baru cantik. Nanti mama upload picture ye..